Utusan Borneo (Sarawak)

PM mahu LHDN kutip lebih banyak hasil tahun ini

LHDN telah berjaya cipta sejarah baharu kutipan cukai negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM183.34 bilion

- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri — Bernama

Ini bermakna kurang daripada 29 peratus syarikat berdaftar yang membayar cukai.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat mengutip lebih banyak hasil pada tahun ini berbanding unjuran ditetapkan sebanyak RM197 bilion.

Perdana Menteri berkata, LHDN telah berjaya mencipta sejarah baharu kutipan cukai negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM183.34 bilion, melebihi RM7.8 bilion atau 4.49 peratus daripada jumlah kutipan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanap­un, beliau berkata pada hakikatnya, Malaysia masih mempunyai asas cukai yang rendah iaitu

sekitar 11.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding negara jiran lain seperti

Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

Sehubungan itu, beliau menggesa syarikat dan individu untuk menjalanka­n tanggungja­wab mereka dan tampil membayar cukai.

“Bilangan syarikat yang membayar cukai masih rendah iaitu sekitar 435,000 syarikat berbanding 1.5 juta syarikat berdaftar di Malaysia.

“Ini bermakna kurang daripada 29 peratus syarikat berdaftar yang membayar cukai,” kata beliau pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 di sini semalam.

Beliau berkata sehingga 31 Dis 2023, jumlah pembayar cukai individu adalah sebanyak 5.7 juta dengan hasil kutipan RM40.96 bilion dan bagi syarikat pula adalah sebanyak 539,113 dengan hasil kutipan RM98.77 bilion.

Anwar berkata tidak menafikan langkah-langkah yang telah diambil oleh LHDN telah berjaya meningkatk­an hasil negara.

Beliau berkata peningkata­n hasil kutipan cukai akan menguntung­kan rakyat yang memerlukan.

“Peningkata­n hasil daripada usaha LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah membantu menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah digandakan bayarannya sementelah­an jumlah penerima melonjak kepada 700,000 berbanding 210,000 tahun lepas,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq berkata pihaknya akan meluncurka­n lima produk perkhidmat­an digital baharu iaitu e-CKM (Cukai Keuntungan Modal), HASiL Tax HTB 2023,

Profiling Informatio­n Systems (PINS), e-Sekatan Perjalanan dan Behavioura­l Insights Tools: Compliance Empowermen­t.

Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada isu ketirisan cukai melibatkan individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai, pendapatan dari Malaysia yang disimpan dalam akaun luar negara yang belum dilapor, transaksi rentas sempadan, harga pindahan domestik, aktiviti dalam talian dan kes-kes ekonomi bayangan.

“Perlaksana­an E-Invois juga adalah inisiatif utama HASiL pada tahun 2024,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? HARI HASIL: Anwar merasmikan Hari Hasil 2024 di Menara Hasil Cyberjaya, semalam.
— Gambar Bernama HARI HASIL: Anwar merasmikan Hari Hasil 2024 di Menara Hasil Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia