Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran bangunan di Dhaka, Bangladesh ragut 43 nyawa

-

Sekurang-kurangnya 43 orang terkorban dan beberapa yang lain tercedera selepas kebakaran meranapkan sebuah bangunan tujuh tingkat di kawasan kejiranan kelas atas di ibu kota Dhaka di Bangladesh pada lewat kelmarin, menurut pihak berkuasa.

“Setakat ini 43 orang telah meninggal dunia akibat kebakaran itu,” menteri kesihatan Bangladesh Samanta Lal Sen memberitah­u AFP selepas melawat Hospital Kolej Perubatan Dhaka dan sebuah hospital untuk melecur yang bersebelah­an.

Sen berkata sekurangku­rangnya 40 orang yang tercedera telah menerima rawatan di hospital melecur utama di bandar tersebut.

Pegawai jabatan bomba Mohammad Shihab berkata kebakaran berasal dari sebuah restoran briyani terkenal di jalan Bailey di Dhaka pada jam 9.50 malam waktu tempatan kelmarin, dan merebak dengan cepat ke

tingkat atas, memerangka­p beberapa orang.

Anggota bomba telah berjaya mengawal kebakaran dalam masa dua jam, tambahnya.

Mereka menyelamat­kan 75 orang yang masih hidup, menurut satu kenyataan dari perkhidmat­an bomba.

Bangunan Jalan Bailey menempatka­n

kebanyakan restoran di samping beberapa kedai pakaian dan telefon bimbit.

“Kami berada di tingkat enam ketika kami mula melihat asap yang berkepulke­pul keluar melalui ruangan tangga. Ramai orang yang bergegas naik ke tingkat atas. Kami menggunaka­n sebatang

paip air untuk memanjat turun bangunan itu. Beberapa orang daripada kami tercedera ketika terjun dari atas,” kata seorang pengurus restoran bernama Sohel.

Beberapa orang lagi telah terperangk­ap di bahagian atas bumbung dan menjerit meminta tolong.

 ?? — Gambar AFP ?? MARAK: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di bangunan yang mengorbank­an nyawa 43 orang di Dhaka, kelmarin.
— Gambar AFP MARAK: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di bangunan yang mengorbank­an nyawa 43 orang di Dhaka, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia