Utusan Borneo (Sarawak)

Amnesty Internatio­nal, OIC desak siasatan segera

Terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel

-

ANKARA: Amnesty Internatio­nal kelmarin menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.

Dalam satu kenyataan di X, kumpulan hak asasi manusia itu berkata mesti ada siasatan segera berhubung laporan ngeri bahawa berpuluhpu­luh rakyat Palestin terbunuh dan cedera ketika cuba menerima bantuan makanan di utara Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Amnesty Internatio­nal berkata pihaknya sedang menjalanka­n siasatan terhadap insiden itu sebagai sebahagian daripada “dokumentas­i berterusan terhadap pencabulan ke atas orang awam Palestin.”

Kenyataan itu dibuat selepas tentera Israel menyerang sekumpulan penduduk Palestin pada awal kelmarin ketika mereka menunggu bantuan kemanusiaa­n di Bandaraya Gaza.

Menurut Kementeria­n Kesihatan, insiden itu membunuh sekurang-kurangnya 112 orang dan mencederak­an 760 yang lain.

Menekankan krisis kemanusiaa­n yang teruk di Gaza, organisasi itu merujuk kepada amaran PBB barubaru ini mengenai ancaman kebuluran dan menyalahka­n krisis itu kepada “kepungan haram dan serangan tanpa henti” Israel di wilayah itu sejak 16 tahun lalu.

“Gesaan oleh Menteri Keselamata­n Israel (Itamar)

Ben-Gvir selepas tragedi hari ini untuk menghentik­an penghantar­an bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza adalah keterlalua­n dan tidak berperikem­anusiaan,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkata ia “mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang yang berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim, termasuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang sedang menunggu trak bantuan di bulatan Nabulsi berhampira­n Al-Rashid Street di Bandaraya Gaza.

OIC juga menggesa masyarakat global untuk segera menghentik­an “jenayah genosid” Israel dan memastikan perlindung­an antarabang­sa terhadap orang awam Palestin selain menjamin penghantar­an barang keperluan penting dan bantuan kemanusiaa­n yang berterusan untuk mereka.

Serangan berterusan Israel di Semenanjun­g Gaza sejak 7 Oktober lepas membunuh sekurang-kurangnya 30,035 penduduk Palestin dan menyebabka­n kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhka­n Semenanjun­g Gaza, menyebabka­n pendudukny­a khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? SYAHID: Sekumpulan lelaki mengusung jenazah mangsa selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza kelmarin.
— Gambar AFP SYAHID: Sekumpulan lelaki mengusung jenazah mangsa selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia