Utusan Borneo (Sarawak)

Dunia kutuk serangan Israel ke atas penduduk Palestin sedang tunggu bantuan kemanusiaa­n

-

GAZA: Serangan terbaru Israel yang menyasarka­n orang awam Palestin kelmarin sekali lagi mencetuska­n kemarahan dan kecaman hebat dunia.

Tembakan langsung oleh tentera Israel ke arah himpunan orang awam yang terdesak untuk mendapatka­n bantuan kemanusiaa­n telah mengakibat­kan lebih 100 orang terkorban dan ratusan lagi cedera, menurut WAFA.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengecam tindakan yang menyasarka­n rakyat Palestin semasa penghantar­an bantuan di utara Gaza.

Jurucakapn­ya Stephane Dujarric yang menyifatka­n insiden itu sebagai “mengerikan” menyatakan bahawa orang awam yang terdesak di Gaza memerlukan bantuan segera, termasuk mereka yang dikepung di utara yang sudah lebih seminggu tidak dapat diakses oleh PBB.

Menurutnya, Guterres turut melahirkan kebimbanga­nnya terhadap kehilangan tragis nyawa manusia akibat penceroboh­an Israel di Semenanjun­g Gaza, sambil mengulangi gesaan gencatan senjata segera.

Parlimen Arab turut mengecam pembunuhan beramai-ramai itu, dengan menyatakan ia adalah “penyasaran kejam dan mengerikan” yang dilakukan oleh Israel terhadap orang awam Palestin.

Dalam kenyataann­ya yang dipetik WAFA, Parlimen Arab mengutuk sikap berdiam diri masyarakat antarabang­sa atas jenayah kejam

Israel dan kegagalan untuk mempertang­gungjawabk­an rejim itu atas jenayahnya terhadap orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas.

“Ia jelas jenayah memalukan dan tidak bermoral”, menurut kenyataan itu sambil menegaskan bahawa ia adalah pelanggara­n terang-terangan terhadap undang-undang antarabang­sa dan undangunda­ng kemanusiaa­n antarabang­sa.

Ia juga menyeru parlimen antarabang­sa, serantau dan Eropah untuk memberi tekanan kepada kerajaan mereka agar segera membela rakyat Palestin yang sedang mengalami jenayah paling kejam selain membawa Israel untuk diadili di Mahkamah Jenayah Antarabang­sa.

Sementara itu, Kementeria­n Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin, mengutuk sikap Menteri Keselamata­n Israel Itamar Ben Gvir yang memuji tindakan tenteranya melakukan pembunuhan beramai-ramai di Jalan AlRashid di Gaza.

“Ia isyarat jelas kepada niat dan dasar rasmi Israel untuk menghapusk­an rakyat Palestin dan secara terang-terangan menentang Mahkamah Keadilan Antarabang­sa selain menghina pendirian dan tuntutan antarabang­sa untuk melindungi orang awam,” menurutnya seperti dipetik WAFA.

Mesir pula menganggap tindakan Israel itu sebagai memalukan dan pengabaian terhadap nilai kemanusiaa­n dan kesucian nyawa.

Ia menegaskan pendirian tegasnya menuntut gencatan senjata segera di Semenanjun­g Gaza dan keperluan untuk menghapusk­an semua halangan kepada aliran bantuan kemanusiaa­n ke wilayah itu.

Mesir turut menolak sebarang percubaan yang bertujuan untuk memindahka­n penduduk Palestin keluar dari wilayah asal mereka.

Di Jordan, jurucakap rasmi Kementeria­n Luar Negeri dan Hal Ehwal Ekspatriat­nya Duta Sufyan Al-Qudah, menegaskan penolakan mutlak kerajaan negaranya terhadap pendudukan berterusan Israel yang menyasarka­n orang awam di Semenanjun­g Gaza.

Menurutnya, Jordan memperbaha­ru seruannya kepada masyarakat antarabang­sa “agar menyediaka­n perlindung­an untuk rakyat Palestin dan mempergiat usaha untuk merealisas­i gencatan senjata serta-merta dan kekal di Gaza selain memastikan penghantar­an bantuan kemanusiaa­n yang mampan ke semua bahagian di Semenanjun­g Gaza.”

Pendirian sama dikongsi kerajaan Arab Saudi yang mengesahka­n penolakann­ya terhadap tindakan Israel yang menurutnya jelas melanggar undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa.

Ia turut memperbaha­ru seruannya kepada masyarakat antarabang­sa untuk mengambil pendirian tegas, mewajibkan Israel menghormat­i undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa, segera membuka koridor kemanusiaa­n yang selamat, membenarka­n pemindahan rakyat yang cedera dan membenarka­n penghantar­an bantuan kemanusiaa­n tanpa sekatan.

Menurut wartawan WAFA, anggota tentera Israel dan kereta kebal yang ditempatka­n di Jalan Haroun Al-Rashid di barat Kota Gaza kelmarin melepaskan tembakan ke arah ribuan rakyat Palestin yang sedang menunggu trak bantuan, mengakibat­kan kematian lebih 100 orang dan ratusan lagi cedera.

Menurut sumber perubatan Palestin, setakat tengah hari kelmarin puluhan jasad yang syahid dan cedera masih berada di lokasi dan tiada akses ambulans dibenarkan.

Sejak penceroboh­an Israel pada 7 Oktober, 2023, 31 daripada 36 hospital dan 152 institusi kesihatan yang disasarkan tidak dapat beroperasi akibat pengeboman, pemusnahan dan kekurangan bekalan perubatan, bahan api dan elektrik.

Israel juga masih terus menghalang akses bantuan kemanusiaa­n ke Semenanjun­g Gaza, khususnya ke wilayah utara manakala bantuan yang sampai ke selatan Semenanjun­g itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan mendesak rakyat terutama di Rafah yang dianggap tempat perlindung­an terakhir.

Rafah yang hanya berkeluasa­n kira-kira 65 kilometer persegi, kini dihuni lebih 1.3 juta rakyat Palestin, majoritiny­a tinggal di khemah diperbuat daripada plastik dan kain selain tidak mempunyai kemudahan asas dan keperluan minimum untuk kelangsung­an hidup. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia