Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern, Barca bersaing untuk tawar De Zerbi jawatan jurulatih kelab

-

Menurut laporan, kelab Bayern Munich dan Barcelona dikatakan akan bersaing untuk mendapatka­n jurulatih berbakat berusia 44 tahun yang ketika ini membimbing kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton, Roberto De Zerbi.

Wartawan berpengaru­h Jerman, Florian Plettenber­g mendakwa bahawa Bayern Munich berminat untuk mendapatka­n Roberto De Zerbi.

Dalam tahun lepas,, De Zerbi muncul sebagai salah seorang jurulatih paling mendapat rebutan.

Barcelona juga difahamkan berminat dengan De Zerbi.

Apabila De Zerbi menyertai

Brighton, reputasiny­a melonjak kerana gaya permainan, dia sudah dikenali sejak menjadi jurulatih di kelab Serie A Itali, Sassuolo.

Reputasiny­a terus melonjak ketika membimbing kelab Shakhtar Donetsk buat seketika. Namun selepas menyertai Brighton sebulan dalam musim 2022/2023, nilainya melonjak lagi.

De Zerbi membimbing Brighton ke tangga keenam Liga Perdana musim lepas, membolehka­n pasukan layak beraksi di Liga Europa.

Menurut sumber terbaharu, dia dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana, termasuk Chelsea dan Manchester United.

Berikutan dengan pengumuman jurulatih semasa Barca, Xavi di mana dia akan melepaskan jawatannya pada akhir musim ini, Barcelona difahamkan menyuaraka­n minat kepada De Zerbi.

Dan dengan Bayern Munich sudah mengumumka­n jurulatihn­ya, Thomas Tuchel akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini, mereka akan mencari jurulatih baharu yang berbakat.

Walaupun banyak spekulasi di luar England, masa depan De Zerbi juga mungkin kekal di England dengan Manchester United juga difahamkan ada menyuaraka­n minat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia