Utusan Borneo (Sarawak)

Ten Hag meminta Fulham untuk memohon maaf atas insiden ejekan terhadap Bruno

-

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag telah meminta Fulham untuk memohon maaf atas hantaran media sosial yang mengejek Bruno Fernandes sementara dia menyiap sediakan pasukannya menjelang perlawanan pasukan jiran Manchester yang menggerunk­an Ahad ini.

Ten Hag mengecam kritikan yang mencadangk­an kaptennya memalsukan kecederaan selepas kemenangan 1-0 dalam Piala FA ke atas Nottingham Forest pada Rabu.

Jurulatih dari Belanda itu ditanya mengenai hantaran TikTok daripada Fulham yang menunjukka­n Fernandes tersungkur semasa United kalah 1-2 kepada Cottagers di Old Trafford dalam Liga Perdana hujung minggu lalu, disertai dengan kapsyen: “Sungguh lega dia OK...”

“Saya tidak tahu akan perkara ini, tetapi jika mereka (Fulham) ada melakukann­ya, saya rasa ia tidak betul,” kata Ten Hag kelmarin.

“Kelab membuat kenyataan sedemikian adalah tidak betul sama sekali, kerana ia benar-benar aneh dan mereka salah, jadi mereka harus meminta maaf atas perkara ini.”

Ten Hag bertegas bahawa Forest telah menyasarka­n Fernandes, yang disifatkan pengurus itu sebagai pemain yang “bersemanga­t” dan “kreatif”.

“Kamu lihat pihak lawan menyasarka­nnya dan terutamany­a selepas hari

Sabtu apabila dia mengalami kecederaan dan mereka melihatnya, dan saya rasa pengadil harus melindungi­nya di sana. Mereka terpaksa berubah pada permulaan perlawanan kerana ia sangat ketara mereka menyasarka­n dia.”

Ten Hag menjangkak­an Fernandes dan pemain pertahanan Raphael Varane sihat untuk menentang City, manakala Harry Maguire dan Rasmus Hojlund masih kekal dalam senarai panjang kecederaan United.

United ketinggala­n 15 mata di belakang City yang berada di tangga kedua Liga Perdana dan lapan mata di bawah slot Liga Juara-Juara.

City belum tewas sejak awal Disember dan telah memenangi 16 daripada 18 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertanding­an.

Ten Hag telah tewas tiga daripada empat perlawanan­nya menentang pasukan City bimbingan Pep Guardiola yang dibarisi pemain bintang, dengan perjalanan ke Etihad musim lalu berakhir dengan kekalahan memalukan 3-6 untuk United.

Tetapi pengurus United itu berkata: “Kami juga berada dalam rentak yang baik dan semangat yang sangat bagus, kami bersatu, kami sehaluan untuk melaksanak­an rancangan permainan yang baik.

“Kami pernah melakukann­ya sebelum menentang City, akhir-akhir ini juga menentang Liverpool. Pemain sudah bersedia untuk itu, pemain menanti-nantikanny­a. Saya dapat menghiduny­a apabila saya berada di sini, apabila saya bercakap dengan pemain. Kami teruja .

“Mereka mempunyai

pasukan yang bagus tetapi ada lebih banyak pasukan yang bagus. Mereka menang segala-galanya pada musim lalu jadi kami tahu bahawa itulah cabarannya, Liverpool juga pasukan yang sangat bagus dan ada lebih banyak lagi. Kami menyukai cabaran seperti itu.”

Pemilik bersama baharu United, Jim Ratcliffe minggu lalu berkata dia mahu menubuhkan semula kelab Old Trafford sebagai kuasa dominan dalam bola sepak Inggeris dalam tempoh tiga tahun.

“Kami sentiasa mahu bermain menentang yang terbaik jadi kebanyakan masanya kami rasakan dan anda juga dapat melihat bahawa pihak lawan mendapat hasil terbaik jika menentang Manchester United, namun mungkin perlawanan ini sebaliknya,” kata Ten Hag.

“Kami tahu kami perlu memberikan segala-galanya dan menunjukka­n kebolehan pasukan jika kami mahu mendapatka­n keputusan. Jika kami melakukann­ya, ia boleh dicapai.”

 ?? ?? TEN HAG
TEN HAG
 ?? ?? BRUNO
BRUNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia