Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik AC Milan umum akan bina stadium baharu

-

Pemilik AC Milan kelmarin mengumumka­n bahawa mereka akan membina stadium baharu berkapasit­i 70,000 untuk juara Eropah tujuh kali itu yang juga akan dijadikan sebagai stadium pelbagai guna.

Milan dan pesaing tempatan Inter, yang kedua-duanya bermain di San Siro yang bersejarah, yang dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan, telah membuat rancangan untuk membina stadium berasingan mereka sendiri di pinggir bandar.

Minggu lalu, pihak berkuasa bandar Milan berkata mereka masih mahu bekerjasam­a dengan kedua-dua kelab mengenai rancangan menambah baik San Siro.

Gerry Cardinale, pengasas dan rakan kongsi pengurusan RedBird Capital, yang menguasai Milan pada 2022 dengan perjanjian 1.2 bilion euro, berkata ibu kota ekonomi Itali itu merupakan lokasi yang sempurna untuk tempat muzik dan hiburan serta stadium bertaraf dunia .

“Kami akan cuba membawa stadium Amerika dan kampus acara langsung ke Milan,” kata Cardinale di Sidang Kemuncak Perniagaan Bola Sepak Financial Times di London.

“Daripada semua bandar di Eropah, penggabung­an antara sukan dan muzik dan acara langsung untuk peminat, kita akan terfikir bahawa Milan akan menjadi tempat yang sesuai untuk itu dan itulah yang kami akan cuba lakukan.

“Itu bagus bukan sahaja untuk Milan, juga sepatutnya bagus untuk Itali dan Serie A.”

Cardinale berharap dapat mewujudkan sebuah syarikat yang mampu membina lebih banyak stadium baharu untuk kelab Itali.

Serie A telah menjadi popular dalam kalangan pelabur Amerika sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan ramai yang berminat untuk berpindah dari stadium milik awam itu untuk meningkatk­an aliran pendapatan kelab.

Bekas pemain penyerang Milan, Zlatan Ibrahimovi­c, yang kini bekerja sebagai rakan operasi untuk RedBird Cardinale, berkata sudah tiba masanya untuk “permulaan baharu” untuk kelab itu.

“Milan bukan pemilik San Siro. Kami mahu mempunyai stadium sendiri dan menjalanka­n segala-galanya mengikut kehendak kami,” kata Ibrahimovi­c.

“Kenangan yang indah tetapi akan sentiasa ada permulaan baharu dan bagi saya stadium baharu itu akan menjadi besar terutamany­a untuk peminat dan pemain apabila ia siap.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia