Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah harap pembinaan jalan pesisir baharu Kuching-Samarahan siap lebih awal

-

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berharap kerjakerja pembinaan jalan pesisir baharu menghubung­kan Kuching dengan Bahagian Samarahan dapat disiapkan lebih awal daripada jadual.

Menurut Uggah, projek pembinaan jalan sepanjang tujuh kilometer tersebut yang juga sebahagian daripada cadangan di bawah Jalan Utama Kedua Kuching-Samarahan dikategori­kan sebagai projek sakit sebelum ini.

“Sekarang kita lantik semula kontraktor Avinn Engineerin­g Services Sdn Bhd dengan tarikh penyiapan baharu ditetapkan kepada 7 Februari 2026 serta kos RM106,968,880.

“Setakat ini (pembinaan) berjalan dengan baik mengikut jadual meskipun hujan dan saya harap kemajuan ini akan dikekalkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bagi meninjau kemajuan projek di Kota Samarahan dekat sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Sarawak (MIPD) menambah, tiada sebab mengapa projek itu dikategori­kan sebagai projek sakit lagi kerana kerja-kerja pelaksanaa­nnya adalah mudah.

Tambahan katanya, kerja-kerja pembinaan jalan baharu ini tidak berdepan dengan banyak isu yang boleh menjejaska­n pelaksanaa­nnya.

Malah katanya, fenomena El Nino diramalkan bermula Mac ini yang mana bagus untuk kontraktor melaksanak­an kerja-kerja pembinaan susulan jumlah hujan adalah kurang.

“Jadi kontraktor harus mengambil kesempatan daripada ini (cuaca panas),” katanya.

Uggah turut berharap kontraktor dapat menyiapkan projek itu lebih awal daripada jadual iaitu November 2025.

Terdahulu, Uggah diberi taklimat mengenai perkembang­an projek daripada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Cassidy Moris.

 ?? ?? PERKEMBANG­AN TERKINI: Uggah (dua kanan) mendengar taklimat semasa meninjau perkembang­an projek, semalam.
PERKEMBANG­AN TERKINI: Uggah (dua kanan) mendengar taklimat semasa meninjau perkembang­an projek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia