Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif kurangkan kesesakan penjara

Kerajaan secara prinsip setuju laksana tahanan rumah untuk banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah: Saifuddin

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kerajaan secara prinsip bersetuju melaksanak­an Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi kaedah tahanan di rumah (home detention) untuk banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kementeria­nnnya kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaa­n inisiatif itu dari sudut peruntukan undangunda­ng berkaitan.

Katanya, penelitian itu penting bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau sebaliknya.

“Kita tidak boleh ketepikan pembentuka­n undang-undang, jadi perlu disemak apakah memadai dengan meminda undang-undang sedia ada atau ada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu, atau memadai dengan semak peraturan-peraturan penjara yang mungkin memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Penjara, atau ada tak undang-undang yang memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri.

“Jadi, saya sudah tugaskan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi untuk buat semakan, kemudian memberi maklum balas kepada saya, perkara ini mesti disegeraka­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo di sini, semalam.

Menjelas lanjut Saifuddin berkata, penghuni penjara yang terlibat bagi program itu terdiri daripada individu yang berpenyaki­t kronik, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan wanita yang mengandung.

“Kalau yang disabitkan kesalahan itu melibatkan mereka dari kategori ini, kita lihat adalah lebih manusiawi kalau letak mereka di luar dan bukan dalam tembok (penjara).

“Untuk itu, kita boleh pasangkan gajet kepada mereka untuk kita laksanakan ‘home detention’ ini,” katanya.

Sekiranya inisiatif itu dapat dilaksanak­an, Saifuddin berkata beliau yakin ia boleh menyumbang kepada beberapa perkara iaitu mengurangk­an kesesakan di penjara, penjimatan kos serta kadar residivism­e yang rendah.

Saifuddin memberitah­u selain inisiatif itu, kementeria­nnya setakat ini telah melaksanak­an program seperti Sistem Parol Perintah Kehadiran Wajib serta Program Pemulihan Pemasyarak­atan.

 ?? — Gambar Bernama ?? INTERAKSI: Saifuddin bersalaman dan beramah mesra dengan pegawai Jabatan Penjara Malaysia pada Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo, semalam.
— Gambar Bernama INTERAKSI: Saifuddin bersalaman dan beramah mesra dengan pegawai Jabatan Penjara Malaysia pada Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia