Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan kadar bilik hotel disebabkan banyak faktor bukan hanya SST 8%: Teo

-

Jangkaan kenaikan kadar bilik hotel sehingga 30 peratus bukan sahaja disebabkan kenaikan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sarawak John Teo berkata, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kenaikan kadar bilik hotel terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antaranya, inflasi tinggi sekurang-kurangnya 30 peratus hingga 200 peratus, turun naik dalam harga komoditi sekurang-kurangnya 30 peratus hingga 80 peratus, gangguan rantaian bekalan dan kelemahan ringgit jika dibandingk­an dengan dolar.

Faktor lain termasukla­h operasi perniagaan yang lebih mahal, seperti kenaikan gaji

minimum dan peningkata­n bil utiliti serta kenaikan harga semua barangan hotel seperti semua bekalan makanan dan minuman, kemudahan bilik dan lain-lain.

“Dengan semua faktor yang disebutkan di atas, cadangan untuk menaikkan harga kepada 15 hingga 30 peratus sebelum COVID19 sebelum ini tidak dapat dielakkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar Teo lagi, kenaikan SST kepada 8 peratus tidak akan menjejaska­n pengusaha hotel kerana SST dibayar oleh tetamu hotel.

Pihak hotel katanya, hanya mengutip SST bagi pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Beliau dalam pada itu mengingatk­an pengusaha hotel Sarawak untuk menjual bilik hotel mereka bertaraf 5 bintang pada kadar yang dicadangka­n minimum RM420 dan ke atas.

Bagi bilik hotel bertaraf 4 bintang, kadar dicadangka­n pada RM220 dan ke atas dan RM160 dan ke atas untuk bilik hotel bertaraf 3 bintang.

“Ini akan memastikan hotel dapat bertahan dalam perniagaan mereka. Dengan kadar penghunian bilik 55 peratus dan ke atas, hotel kemudianny­a boleh diuruskan dengan keuntungan,” katanya.

 ?? ?? TEO
TEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia