Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan SST mungkin beri kesan majlis di hotel dalam jangka pendek

-

Kenaikan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) dari 6 peratus kepada 8 peratus, bermula 1 Mac mungkin akan memberi kesan terhadap penganjura­n majlis di hotelhotel di sini dalam jangka pendek, kata Lang Jai Lee.

Wakil Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dari Bahagian Sibu itu bagaimanap­un menegaskan situasi itu akan kembali normal kerana pelanggan akhirnya akan terbiasa dengan kenaikan tersebut.

“Orang ramai mungkin berasa mahal (untuk mengadakan majlis di hotel) dan akan mengurangk­an (bilangan majlis). Dengan kata lain, mereka tidak mahu (mengadakan) begitu banyak majlis (di hotel), mungkin mereka sedikit mengurangk­an (bilangan majlis di hotel).

“Berdasarka­n pengalaman saya, seiring waktu dan selepas jangka masa tertentu keadaan akan menjadi normal dan mereka akan terbiasa dengannya (kenaikan SST),” katanya ketika dihubungi The Borneo Post, malam kelmarin.

Lang ditanya sama ada penganjura­n majlis di hotel akan terjejas berikutan kenaikan

SST dari 6 peratus kepada 8 peratus mulai 1 Mac.

Beliau menambah jika terdapat sesi karaoke semasa majlis, SST akan dikenakan secara berasingan daripada majlis tersebut.

Dengan bulan Ramadan yang akan tiba, beliau menjangkak­an perniagaan akan perlahan sebelum mendapat sambutan semula semasa

Festival Qing Ming, di mana biasanya berlangsun­g acara di hotel.

“Kemudian, pada bulan Jun, semasa Gawai Dayak, akan berlangsun­g perkahwina­n (di hotel),” katanya.

Beliau berkata perkhidmat­an makanan dan minuman (F&B) di hotel akan kekal pada 6 peratus.

Mengenai permintaan bilik,

Lang menjangkak­an tetamu hotel akan memilih bilik yang lebih murah dalam jangka pendek, berikutan kenaikan SST.

“Tetapi selepas beberapa ketika, keadaan akan kembali normal dan mereka akan menginap di bilik biasa mereka (walaupun perlu membayar lebih),” katanya.

Berkuat kuasa pada 1 Mac 2024, kadar cukai di bawah

Akta Cukai Perkhidmat­an 2018 akan meningkat dari 6 peratus kepada 8 peratus bagi semua perkhidmat­an yang dikenakan cukai, kecuali perkhidmat­an makanan dan minuman (F&B), perkhidmat­an telekomuni­kasi yang disediakan oleh hotel, perkhidmat­an penyediaan tempat letak kereta berbayar dan perkhidmat­an logistik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia