Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dipilih tuan rumah Hari Penjara atas empat KPI

Sarawak cemerlang dalam aspek kadar kesesakan, jumlah reman, kadar residivis dan kadar pemenjaraa­n: Saifuddin “

- Oleh Marlinda Mardzuki Menteri Dalam Negeri

KUCHING: Sarawak dipilih menjadi tuan rumah majlis Sambutan Hari Penjara Ke-234 kerana memiliki kelebihan dalam pencapaian empat indikator petunjuk prestasi utama (KPI) mengikut piawaian dan standard antarabang­sa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, empat indikator itu ialah kadar kesesakan, jumlah reman, kadar residivis (jenayah berulang) dan kadar pemenjaraa­n.

Menurutnya, kejayaan mencapai empat indikator itu telah menjadikan Jabatan Penjara Sarawak sebagai penerima Anugerah Penjara Negeri Cemerlang Tahun 2023.

“Sarawak ada kelebihan yang sangat ketara iaitu Jabatan Penjara Sarawak mencapai empat KPI yang ditetapkan iaitu peratusan kesesakan dengan mempunyai -13.2 peratus kadar kesesakan.

“Manakala, kayu ukur kedua iaitu jumlah reman iaitu 13.5 peratus. Ketiga ialah kita mengukur residivis iaitu apabila seorang penghuni atau prospek dibebaskan, peratusan kembali ke penjara kerana mengulangi kesilapan adalah rendah di Sarawak iaitu 12.7 peratus.

“Ketiga-tiga ini diukur adalah berdasarka­n tahap standard antarabang­sa yang ditetapkan iaitu pada tahap 20 peratus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Penjara Ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo di sini, semalam.

Bagi kayu ukur keempat yang berjaya dicapai Sarawak pula, Saifuddin berkata, ialah kadar pemenjaraa­n pada kadar 119 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding standard antarabang­sa iaitu 145

untuk setiap 100,000.

“Bagaimanap­un, kita tidak boleh rasa puas hati dengan keadaan sekarang. Walaupun Sarawak mempunyai tahap kesesakan sebanyak -13.2

peratus, kita kena pertahanka­n pencapaian ini.

“Ia tidak boleh menjadi lebih buruk dari ini. Itu cabaran pada Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin ketika

membacakan teks ucapan perasmian Timbalan Perdana MenteriDat­oSriFadill­ahYusof berkata, pihak kerajaan melalui KDN sentiasa menyokong usaha Jabatan Penjara Malaysia untuk memulihkan penghuniny­a melalui program pemulihan yang dirancang sama ada di dalam atau di luar tembok agar ia dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

“Kita komited untuk membantu Jabatan Penjara Malaysia melaksanak­an reformasi koreksiona­l kerana ia penting dalam membangunk­an peradaban dalam kalangan prospek sambil membantu proses pemulihan mereka bersama masyarakat.

“Ini menunjukka­n kesungguha­n kerajaan untuk tidak hanya menegakkan undangunda­ng, tetapi juga untuk menyokong usaha-usaha pemulihan dan rehabilita­si dalam sistem penjara selaras dengan agenda Malaysia MADANI,” ujarnya.

Hadir sama, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad serta tetamu kehormat lain.

Bagaimanap­un, kita tidak boleh rasa puas hati dengan keadaan sekarang. Walaupun Sarawak mempunyai tahap kesesakan sebanyak -13.2 peratus, kita ” kena pertahanka­n pencapaian ini. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

 ?? ?? PERTAHAN PENCAPAIAN: Saifuddin (tengah) ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo, semalam.
PERTAHAN PENCAPAIAN: Saifuddin (tengah) ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia