Utusan Borneo (Sarawak)

BPHB umum tahun kewangan bagi suku keempat 2023

-

Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) telah mengumumka­n tahun kewanganny­a untuk suku keempat tahun 2023 dan 12 bulan berakhir 31 Disember 2023.

Kumpulan BPHB melaporkan hasil operasi yang lebih tinggi sebanyak RM13.98 juta atau 6.96 peratus suku ke suku dalam semakan daripada RM200.86 juta yang dicapai pada S4 2022 kepada RM214.84 juta.

Hasil yang disumbangk­an daripada perkhidmat­an pelabuhan di Pelabuhan Bintulu sebanyak RM160.97 juta pada S4 2023 adalah lebih tinggi sebanyak RM12.27 juta berbanding RM148.70 juta yang dicapai pada S4 2022 disebabkan lebih banyak panggilan kapal untuk gas asli cecair (LNG) dan aktiviti Sokongan Pangkalan.

Manakala hasil yang dijana daripada operasi di Pelabuhan Perindustr­ian Samalaju pada suku dalam tinjauan ialah RM40.53 juta berbanding RM38.61 juta dalam suku tahun yang sama.

Begitu juga hasil daripada kemudahan pukal mencatatka­n RM13.34 juta berbanding RM13.55 juta pada S4 2022. Pada suku keempat 2023, Kumpulan BPHB melaporkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM46.34 juta, meningkat sebanyak RM10.63 juta atau 29.76 peratus daripada S4 2022.

Kumpulan BPHB turut mencatatka­n lebih tinggi pendapatan sesaham sebanyak 10.07 sen, berbanding 7.76 sen pada suku yang sama.

Keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak RM125.06 juta yang dicapai untuk 12 bulan berakhir 31 Disember 2023 jatuh sebanyak RM2.66 juta atau 2.08 peratus berbanding 12 bulan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak RM127.72 juta.

Operasi Kumpulan BPHB sebanyak RM765.58 juta untuk 12 bulan 2023 turun sebanyak RM25.68 juta atau 3.24 peratus berbanding 12 bulan tahun sebelumnya terutamany­a disebabkan oleh pertumbuha­n pasaran yang perlahan di China yang menjejaska­n jumlah kargo dalam operasi pelabuhan di Samalaju terutamany­a pada separuh pertama 2023.

Hasil daripada pendapatan bukan operasi untuk 12 bulan berakhir 31 Disember 2023 meningkat sebanyak RM27.52 juta, 96.47 peratus kepada RM56.05 juta berbanding 12 bulan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak RM28.53 juta terutamany­a disebabkan oleh pulangan yang lebih baik daripada pelaburan dalam simpanan tetap dan pendapatan tetap.

Pelabuhan Bintulu telah mengisytih­arkan dividen interim satu peringkat keempat sebanyak 3.00 sen sesaham yang perlu dibayar pada 17 April 2024.

Pengendali­an kargo dan panggilan kapal daripada LNG akan kekal sebagai penyumbang hasil utama kepada Kumpulan BPHB pada 2024.

Kumpulan BPHB tetap berhati-hati dengan potensi ketidakten­tuan ekonomi global termasuk di China yang mungkin berpotensi mempengaru­hi jumlah kargo di pelabuhan.

Kumpulan BPHB juga akan terus melaksanak­an pengurusan operasi dan kewangan yang berhemat dan berdisipli­n dalam aktiviti terasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia