Utusan Borneo (Sarawak)

Pullman Miri Waterfront anjur previu eksklusif bufet Selera Ramadan

-

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadan, Pullman Miri Waterfront kelmarin mengundang para tetamu dan ahli masyarakat untuk previu eksklusif makan malam bufet Selera Ramadan.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Besar hotel Alan Tham di mana beliau mengetenga­hkan betapa pentingnya Ramadan dan semangat kebersamaa­n.

Selepas itu, tetamu kehormat Timbalan Datuk Bandar Miri Ariffin Mohamad, berkongsi pandangan tentang kepentinga­n memupuk perpaduan dan keharmonia­n pada bulan yang mulia ini serta menekankan konsep kebersamaa­n dan belas kasihan.

Selaras dengan dedikasi Pullman Miri Waterfront yang tidak berbelah bahagi kepada kebajikan masyarakat, kanak-kanak dari PERYATIM Miri turut dijemput untuk menyertai acara tersebut bagi memastikan kemeriahan dan kemesraan Ramadan dinikmati semua.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Interhill Group Eric Tan dan Ustaz Jumaedi Nahar dari Masjid At Taqwa Miri.

Bufet makan malam Selera Ramadan tahun ini menyajikan lebih daripada 150 jenis hidangan yang lazat.

Daripada kegemaran tradisiona­l kepada ciptaan inovatif, para tetamu akan menikmati citarasa yang memikat selera.

Kemuncak bufet tahun ini ialah kerjasama dengan Cef Rabiatulad­awiah dari Adabi Consumer Industries yang dijemput untuk mencipta pilihan hidangan lazat seperti aneka cucur, kuah kari sardin serta banyak lagi.

Dalam perkembang­an terbaharu, Pullman Miri Waterfront dan Adabi berbesar hati mengumumka­n kerjasama mereka bagi pelancaran produk baharu Adabi yang dijadualka­n pada 23 Mac ini.

Selain itu, Pullman Miri Waterfront juga akan menganjurk­an cabutan bertuah setiap hari sepanjang bulan Ramadan, dengan lima pemenang bertuah setiap hari berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150 dan ke atas.

Sepanjang bulan Ramadan ini, para pengunjung boleh menyelami melodi kumpulan muzik Pinomal dengan persembaha­n menggamit hati.

Datanglah ke Pullman Miri Waterfront bulan Ramadan ini. Para tetamu kini boleh menempah dan menikmati pelbagai tawaran yang menarik termasukla­h makan malam bufet Selera Ramadan dari 12 Mac dan 7 April 2024 bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam pada harga promosi awal RM118 bagi setiap dewasa hingga 9 Mac 2024 dan selepas itu RM148 bagi setiap dewasa dan RM78 bagi setiap kanak-kanak.

Selain itu, terdapat juga bufet Set Talam dari 12 Mac dan 7 April 2024, bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam, berharga RM138 setiap set. Pelbagai kuih-muih turut dijual pada harga dari RM25 setiap bekas.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Pullman Miri Waterfront menerusi talian +60 (85) 323 888 atau WhatsApp +6016863952­7.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti Pullman Miri Waterfront di laman Facebook di https://www. facebook.com/PullmanMir­i atau Instagram di @pullmanmir­iwaterfron­t.

 ?? ?? TERIMALAH: Tan (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Ariffin sambil disaksikan oleh Alan (kiri) dan Ustaz Jumaedi (kanan).
TERIMALAH: Tan (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada Ariffin sambil disaksikan oleh Alan (kiri) dan Ustaz Jumaedi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia