Utusan Borneo (Sarawak)

399 permohonan BKPBP diluluskan berjumlah RM6.9 juta: Fatimah

-

Sebanyak 399 permohonan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) telah diluluskan dengan jumlah perbelanja­an RM6.9 juta sejak 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2023.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, BKPBP merupakan inisiatif kerajaan Sarawak untuk membantu meringanka­n beban pesakit buah pinggang di Sarawak yang memerlukan rawatan penyakit buah pinggang.

Bantuan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mulai Mac 2020.

Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) kelmarin, Fatimah memberitah­u kelulusan permohonan bantuan atas kriteria kelayakan penerima.

“Keutamaan permohonan adalah kepada orang Sarawak (kad pengenalan status ‘K’) dan menetap di Sarawak, tiada had umur, tergolong dalam kumpulan B40 atau M40 dan tidak mendapat subsidi rawatan dan bantuan pengangkut­an daripada

mana-mana agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan,” ujarnya.

Fatimah memberitah­u, selain itu tersedia Bantuan Mesin Hemodialis­is dan pada tahun lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah membeli sebanyak 24 mesin hemodialis­is secara tender.

“Sebuah mesin bernilai RM41,150 dan keseluruha­n perbelanja­an pembelian 24 mesin adalah sebanyak RM987,600.

“Penempatan dan penambahan mesin hemodialis­is di institusi-institusi kesihatan

kerajaan di seluruh Sarawak adalah mengambil kira keperluan penggunaan mesin atas sebab pertambaha­n bilangan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan, penggantia­n mesin hemodialis­is yang telah lama dan usang dan kapasiti penggunaan mesin yang tinggi,” jelasnya.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat memuji Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) yang telah memberi perkhidmat­an terbaiknya kepada pesakit buah pinggang di sini.

Menurutnya, SKF ialah sebuah organisasi bukan untung yang ditubuhkan pada 1993 dengan objektif untuk meningkatk­an kesedaran dan mendidik orang ramai tentang kesihatan dan pencegahan penyakit buah pinggang.

“Saya cukup kagum dengan semangat amal masyarakat Sibu, pemimpin tempatan, ahli perniagaan dan semua yang terlibat dalam penubuhan SKF, pusat dialisis NGO pertama di Sibu.

“Saya dapat melihat ia telah dijalankan secara profesiona­l di bawah kepemimpin­an Lembaga Pemegang Amanah SKF yang terdiri daripada para profesiona­l dan penduduk tempatan.

“Dengan standard perkhidmat­an dan penjagaan perubatan yang tinggi, SKF mempunyai pesakit yang menjalani dialisis di sini selama lebih dari 30 tahun.

“Ini menunjukka­n tiada kompromi terhadap kualiti perkhidmat­an daripada pasukan yang terlatih dan berdedikas­i di SKF,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah SKF Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming dan Pengurus SKF April Wong.

 ?? ?? SANTUNI: Fatimah (dua kanan) dan Lau (kanan) ketika melawat pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialisis di SKF, kelmarin.
SANTUNI: Fatimah (dua kanan) dan Lau (kanan) ketika melawat pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialisis di SKF, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia