Utusan Borneo (Sarawak)

20 RAMD rai HTD Ke-91 di Padang Kawad Kem Sri Miri

-

Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) melaksanak­an Perbarisan dan Pembacaan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena Hari Tentera Darat (HTD) Ke-91 di Padang Kawad Kem Sri Miri kelmarin.

Menerusi hantaran di laman Facebook 20 RAMD Berjuang Berjaya memberitah­u, perbarisan tersebut diketuai oleh Pegawai Rekod pasukan Leftenan Muhammad Shahrezal Che Nordin.

“Pada upacara berkenaan, Penolong Pegawai Memerintah Mejar Nor Hezri Hamzah membacakan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena HTD Ke-91 yang bertemakan ‘Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal

Siaga’ kepada semua warga 20 RAMD.

“Dalam perutusan HTD Ke-91, Panglima Tentera Darat menekankan konsep sinergi 3M iaitu Manusia, Mesin dan Metod yang merupakan elemen asas kepada pembanguna­n Tentera Darat Malaysia untuk menjadi angkatan yang ampuh, boleh dipercayai, seimbang dan mampu melaksanak­an operasi dalam persekitar­an pelbagai domain,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Di samping itu katanya, Panglima Tentera Darat menegaskan bahawa selain menjamin kedaulatan dan kemakmuran negara, Tentera Darat Malaysia yang juga merupakan Servant of State berperanan mendukung kesejahter­aan rakyat menerusi operasi ketenteraa­n selain peperangan seperti bantuan semasa bencana alam dan Program Jiwa Murni serta bantuan kepada pihak berkuasa awam.

Terdahulu, menerusi hantaran lain, Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Mohd Firdaus M.Yatim dan seluruh warga 20 RAMD mengucapka­nSelamatMe­nyambut HTD Ke-91 kepada seluruh warga Tentera Darat.

Tambahnya, semoga HTD Ke-91 yang disambut pada tanggal 1 Mac ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga angkatan tentera untuk terus cekal dan teguh dalam perjuangan demi menjaga kedaulatan tanah air tercinta.

 ?? ?? SAMBUTAN: Pegawai-pegawai kanan dan anggota tentera 20 RAMD merakamkan gambar kenangkena­ngan pada upacara Perbarisan dan Pembacaan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena HTD Ke-91 di Padang Kawad Kem Sri Miri kelmarin.
SAMBUTAN: Pegawai-pegawai kanan dan anggota tentera 20 RAMD merakamkan gambar kenangkena­ngan pada upacara Perbarisan dan Pembacaan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena HTD Ke-91 di Padang Kawad Kem Sri Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia