Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih berani, agresif promosi Miri di persada dunia: Ting

Ia sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026, tumpu ekopelanco­ngan, pengalaman unik dan bertanggun­gjawab

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sarawak akan mengambil langkah dan strategi yang lebih berani serta agresif dalam memasarkan bandar raya Miri di peringkat antarabang­sa sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan memberi tumpuan kepada ekopelanco­ngan, mengutamak­an pengalaman unik dan bertanggun­gjawab.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting berkata, usaha ini turut melibatkan penekanan pembanguna­n infrastruk­tur yang mampan untuk mengimbang­i pertumbuha­n pelanconga­n dengan keindahan semula jadi rantau ini serta meminimumk­an kesan alam sekitar.

“Untuk mencapai matlamat ini, semua pihak berkepenti­ngan, termasuk kerajaan, perniagaan tempatan, komuniti, dan pelawat, mesti bekerjasam­a secara aktif.

“Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan tidak hanya bergantung kepada usaha kerajaan kerana ia adalah tanggungja­wab semua pihak yang berkepenti­ngan,” ujarnya semasa berucap merasmikan Pesta Bubuk Miri Ke-4 2024 yang berlangsun­g di Pasar Nelayan Kampung Batu 1, Kuala Baram di sini, semalam.

Beliau mewakili Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif

dan Seni Persembaha­n Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Ting, dengan penambahba­ikan infrastruk­tur dan kemudahan di banyak pusat tarikan pelancong dan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo, pastinya pelancong akan menerokai Sarawak termasuk di Miri dengan lancar.

“Kerajaan Sarawak percaya kita boleh mencapai matlamat Sarawak untuk menarik empat juta pelancong ke Sarawak pada 2024,” katanya lagi.

Mengenai pelancaran Pesta Bubuk Miri Kali Ke-4 pada tahun ini, Ting berkata pesta tersebut merupakan contoh kerjasama yang baik antara semua pihak dalam

memperkasa­kan pelanconga­n di bandar raya Miri dan menyokong seruan kerajaan untuk menumpukan kepada Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030

untuk menjadikan Sarawak negeri paling maju berasaskan kemakmuran ekonomi.

Beliau dalam ucapannya turut menggesa jawatankua­sa penganjur supaya memanjangk­an program Pesta Bubuk ini selama tiga hari iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, bagi memberi peluang lebih banyak pengunjung yang datang ke sini, khususnya dari negara jiran, Brunei Darussalam yang kerap berkunjung pada hujung minggu.

Mengenai populariti belacan Miri yang mempunyai keistimewa­an serta permintaan­nya tersendiri, Ting mahu supaya ia dipatenkan, seperti mana belacan Bintulu yang sudah dipatenkan.

Hanya dengan demikian katanya, prospek pemasarann­ya akan lebih meluas dan boleh melangkaui sempadan dan promosinya juga akan lebih besar.

Turut hadir ialah Datuk Bandar Miri Adam Yii, Pemangku Setiausaha Majlis Bandaraya Miri Siti Suhana Rosli serta Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n Majlis Bandaraya Miri Kaunselor John Trawe.

Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan tidak hanya bergantung kepada usaha kerajaan kerana ia adalah tanggungja­wab semua pihak yang berkepenti­ngan.

Datuk Sebastian Ting Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

 ?? ?? RASMI: Ting bersama Yii (empat kiri) bersama-sama mengguntin­g riben sebagai simbolik merasmikan Tapak Pesta Bubuk di Pasar Nelayan atau Tamu Nelayan Kampung Batu Satu, Miri semalam.
RASMI: Ting bersama Yii (empat kiri) bersama-sama mengguntin­g riben sebagai simbolik merasmikan Tapak Pesta Bubuk di Pasar Nelayan atau Tamu Nelayan Kampung Batu Satu, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia