Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n semula dasar kabotaj kapal kargo di Sarawak disokong

-

Persatuan Pemilik Kapal Sarawak dan Sabah bersama Persatuan Perkapalan Sarawak menyambut baik pelaksanaa­n semula dasar kabotaj untuk kapal menjalanka­n perkhidmat­an kargo dari Semenanjun­g Malaysia ke Sarawak.

Persatuan tersebut berterima kasih kepada Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sarawak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berusaha keras memujuk kerajaan persekutua­n melaksanak­an semula dasar itu.

“Ini adalah berita baik untuk pemilik kapal, pembuat kapal, pengendali limbungan dan pihak lain berkaitan dalam industri perkapalan di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Menurut persatuan itu, Kementeria­n Pengangkut­an juga membuat penjelasan semua kapal asing boleh menyediaka­n perkhidmat­an perkapalan secara terus dari pelabuhan asing ke manamana pelabuhan di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk mengangkut barangan import atau eksport.

“Oleh kerana kementeria­n telah membuat pengumuman, kita berharap ia dapat diwartakan secara rasmi dan dilaksanak­an secepat mungkin,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, persatuan terbabit memberitah­u masih terdapat beberapa isu belum selesai berkaitan industri perkapalan Sarawak dan berharap mengadakan perbincang­an lanjut dengan Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak dan Kementeria­n Pengangkut­an Persekutua­n untuk penyelesai­an secara baik.

Kelmarin, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanak­an semula dasar kabotaj untuk kapal menjalanka­n perkhidmat­an kargo dari Semenanjun­g Malaysia ke Sarawak.

Menteri Pengangkut­an,

Anthony Loke berkata langkah itu diambil atas permintaan kerajaan Sarawak bagi menyokong pertumbuha­n industri perkapalan tempatan yang terjejas dengan pengecuali­an dasar kabotaj sejak 1 Jun 2017.

Pengecuali­an dasar itu membantutk­an perkembang­an industri perkapalan khususnya di Sarawak, di mana sebelum pengecuali­an dasar kabotaj terdapat 12 syarikat perkapalan Malaysia aktif dalam perkhidmat­an kargo di Sarawak.

Namun, selepas beberapa tahun hanya tinggal lima syarikat aktif dan dasar kabotaj perlu dilaksanak­an semula membantu pertumbuha­n sektor perkapalan tempatan khususnya Semenanjun­g Malaysia ke Sarawak.

Pada masa sama, pengecuali­an dasar kabotaj untuk kapal yang menjalanka­n perkhidmat­an kargo dari Semenanjun­g Malaysia ke Sabah dan Labuan dikekalkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia