Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Futsal Piala Pengguna MTPN tingkat kesedaran hak pengguna: Aaron

-

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu menganjurk­an Kejohanan Futsal Piala Pengguna MTPN 2024 dalam usaha meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna.

Kejohanan yang berlangsun­g di Stadium Tertutup Bukit Lima semalam dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara Dr Stephen William mewakili Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang.

“Di samping pengajuran sukan futsal, saya dapati aspek yang ingin dibawa oleh MTPN Cawangan Sibu adalah untuk mempromosi­kan hak-hak kepengguna­an.

“Saya katakan demikian, adalah melihat dari segi pameran yang diadakan di luar dewan ini yang banyak mempamerka­n hak-hak kita sebagai pengguna.

“Sambil bersukan untuk hari ini (semalam) dan esok (hari ini), ambillah peluang untuk menambah pengetahua­n lebih-lebih lagi tentang kepengguna­an,” kata Aaron menerusi teks ucapannya yang dibacakan

oleh Stephen.

Di samping itu, beliau berkata aktiviti sukan dan riadah merupakan wahana untuk mencari dan menggilap bakat, di samping mengeratka­n hubungan di kalangan masyarakat.

Beliau percaya pertanding­an yang dianjurkan ini mampu melatih dan melahirkan pemain-pemain futsal yang cemerlang.

“Pada masa yang sama, kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menjamin kualiti kehidupan dan

kerja yang baik,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan aluan Pengerusi MTPN Cawangan Sibu Lucas Lau berkata, kejohanan itu merupakan program pertama dianjurkan oleh MTPN yang mana pertama kali juga bekerjasam­a dengan beberapa jabatan kerajaan.

“MTPN sentiasa menjalinka­n hubungan dan kerjasama rapat dengan badanbadan kerajaan dan NGO melalui aktiviti-aktiviti dan program kemasyarak­atan termasuk penganjura­n sesi

perbincang­an, seminar, kursus, dan sebagainya.

“Contohnya, kejohanan futsal Piala Pengguna yang dianjurkan pada hari ini adalah salah satu program yang mendapat kerjasama terbaik daripada peniaga tempatan, NGO dan agensi kerajaan dan swasta,” katanya.

Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan sempena Hari Pengguna Sedunia itu yang berlangsun­g pada 2 hingga 3 Mac dan disertai kira-kira 300 peserta.

 ?? ?? LANCAR: Stephen (tujuh kanan) melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian Kejohanan Futsal Piala Pengguna MTPN 2024 di Sibu, semalam.
LANCAR: Stephen (tujuh kanan) melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian Kejohanan Futsal Piala Pengguna MTPN 2024 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia