Utusan Borneo (Sarawak)

Lembah Limbang dan Lawas mampu jadi jelapang padi

Tanahnya subur dan sesuai bagi tanaman komoditi itu, rancangan sudah dibuat beberapa tahun lalu: Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Lembah Limbang dan Lawas dilihat berpotensi besar untuk dijadikan satu lagi pusat pengeluara­n padi utama di negeri ini kerana tanahnya yang subur dan sesuai bagi tanaman komoditi itu.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr AbdulRahma­nIsmail berkata, usaha dan rancangan untuk menjadikan daerah Limbang dan Lawas sebagai antara kawasan jelapang padi di Sarawak sudah dibuat awal beberapa tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, ia juga sejajar dengan hasrat Premier

Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk meningkatk­an harga lantai belian padi apabila Sarawak menjadi pengeluar utama tanaman komoditi itu.

“Saya yakin dan untuk kawasan tanaman padi, disebutseb­ut juga kawasan Limbang dan Lawas terlibat sama.

“Ini kerana lembah Limbang dan juga Lawas memang dari dahulu sudah dikenal pasti antara kawasan subur untuk tanaman padi dan atas beberapa sebab tidak direalisas­ikan, tapi sekarang ia akan dilihat semula,” ujarnya.

Beliau berkata demikian

Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang dan Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Amirul Fikri Jemali.

Jelas Dr Abdul Rahman lagi, Sarawak akan meningkatk­an pengeluara­n padi menggunaka­n pendekatan moden jenis padi hibrid.

Katanya, tanaman padi jenis hibrid itu mampu meningkatk­an hasil pengeluara­n daripada dua kali setahun kepada lima kali tuaian dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, tanaman padi jenis hibrid boleh mengeluark­an hasil padi sebanyak lapan hingga 12 tan sehektar berbanding padi tradisiona­l seperti bario dan adan yang hanya mampu mengeluark­an hasil satu hingga dua tan sehektar.

Ini kerana lembah Limbang dan juga Lawas memang dari dahulu sudah dikenal pasti antara kawasan subur untuk tanaman padi dan atas beberapa sebab tidak direalisas­ikan, tapi sekarang ia akan dilihat semula.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

 ?? Pada sidang media selepas Majlis Perasmian Agrofest Turuthadir­ialahTimba­lan Menteri Pengangkut­an Datuk ?? PERTANIAN DIUTAMAKAN: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain ketika merasmikan Agrofest 2024 di Lot 777 Limbang semalam. Turut kelihatan, Hasbi (dua kiri).
2024 di pekarangan Lot 777 Limbang semalam.
Pada sidang media selepas Majlis Perasmian Agrofest Turuthadir­ialahTimba­lan Menteri Pengangkut­an Datuk PERTANIAN DIUTAMAKAN: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain ketika merasmikan Agrofest 2024 di Lot 777 Limbang semalam. Turut kelihatan, Hasbi (dua kiri). 2024 di pekarangan Lot 777 Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia