Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBB Ba’ Kelalan santuni anggota bomba di Pusat Kawalan Kebakaran Banting

-

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Ba’ Kelalan menyantuni anggota bomba dan petugas di Pusat Kawalan Kebakaran Banting, Jalan Kuala di sini, kelmarin.

Exco Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Steve Lius berkata, pihaknya sedaya upaya membantu bomba Lawas dan Sarawak yang merupakan barisan hadapan dalam menghadapi segala bentuk bencana.

“Setelah bertemu dengan rakan-rakan Pemuda PBB Cawangan Ba’ Kelalan, semua sebulat suara mahu kami menyumbang kepada pasukan bomba kita sebagai tanda sokongan moral,” ujarnya kepada media pada majlis ringkas di Pusat Kawalan Bomba di Banting, Jalan Kuala Lawas kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Ba’ Kelalan memberitah­u mereka ingin menunjukka­n sokongan moral kepada bomba dan semua pasukan petugas yang memadam kebakaran belukar melibatkan

kawasan seluas 40 hektar di Kampung Banting dan Banting Jalan Kuala Lawas.

Kebakaran yang berlarutan selama dua minggu itu sukar dikawal atas sebab cuaca panas dan angin kencang yang menyebabka­n kawasan berbara menyala semula.

“Kita tidak kira sama ada daripada cawangan Ba’ Kelalan kerana kita di Lawas ini berada di dalam satu Parlimen iaitu Parlimen Lawas dan merupakan keluarga

besar PBB.

“Jadi tidak timbul sebarang isu jika kita daripada cawangan Ba’ Kelalan turun membantu saudara kita di Bukit Sari, lagipun inilah semangat PBB di Parlimen Lawas,” ujarnya.

Hadir menerima sumbangan ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim dan ahli-ahli jawatankua­sa Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Ba’ Kelalan.

 ?? ?? PRIHATIN: Steve (tiga kiri) menghulurk­an sumbangan sebagai sokongan moral kepada pasukan petugas yang memadam kebakaran kepada Azman (empat kiri).
PRIHATIN: Steve (tiga kiri) menghulurk­an sumbangan sebagai sokongan moral kepada pasukan petugas yang memadam kebakaran kepada Azman (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia