Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS rancang tambah program pemvaksina­n antirabies

Program yang diadakan secara percuma dirancang empat kali setahun, berbanding hanya dua kali ketika ini, kata Wee

- Oleh Henrietta Liza Dato Wee Hong Seng Datuk Bandar MBKS

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merancang untuk mengadakan program pemvaksina­n antirabies percuma sebanyak empat kali setahun berbanding dua kali ketika ini.

Perkara itu diumumkan oleh Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng ketika ditemui pemberita semasa menghadiri program pemvaksina­n antirabies di Taman Rekreasi Datuk Bandar Song Swee Guan di Tabuan Jaya, semalam.

“Apapun pihak kami akan cuba untuk memenuhi keperluan semua orang. Tetapi kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Kami

akan cuba melakukan yang terbaik. Jadi, ini adalah salah satu program yang akan kami

lakukan,” ujarnya.

Semalam, MBKS dengan kerjasama Jabatan Perkhidmat­an

Veterinar Sarawak (JPVS) dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap

Haiwan Sarawak (SSPCA) memberi lesen, memasang mikrocip dan perkhidmat­an pemvaksina­n antirabies secara percuma.

Sementara itu, subsidi sebanyak RM150 daripada jumlah RM250 bayaran bagi mengasi anjing betina turut disediakan kepada para pemilik haiwan peliharaan anjing yang datang pada program tersebut.

Wee memberitah­u tahun lalu pihaknya berjaya memvaksin hampir 1,000 ekor anjing dengan nilai peruntukan sebanyak RM20,000 dan jika perlu sejumlah dana akan dipohon menerusi kementeria­n berkaitan.

“Kita pernah bersama memerangi COVID-19 dahulu dan sekarang rabies yang dikhuatiri masih berlaku pada setiap minggu yang mana memerlukan kerjasama daripada semua pihak,” tegasnya.

Pada masa yang sama katanya, permit bagi lesen pemilikan anjing akan direkod dengan tag berwarna bagi menyemak kemas kini data pemvaksina­n anjing peliharaan mereka.

Juga turut mengingatk­an orang ramai agar tidak beranggapa­n bahawa semua anjing mempunyai wabak rabies yang mana amat tidak adil bagi haiwan tersebut.

Turut hadir sama adalah Presiden SSPCA Datin Dona Drury Wee dan ahli majlis MBKS.

Kita pernah bersama memerangi COVID-19 dahulu dan sekarang rabies yang dikhuatiri masih berlaku pada setiap minggu yang mana memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

 ?? ?? CEGAH RABIES: Dona (kiri) bersama Wee (dua kiri) melihat kakitangan JPVS menyuntik anjing pada program berkenaan.
CEGAH RABIES: Dona (kiri) bersama Wee (dua kiri) melihat kakitangan JPVS menyuntik anjing pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia