Utusan Borneo (Sarawak)

Wee seru masyarakat Sarawak bantu mereka yang ditimpa musibah, bencana

-

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng menyeru masyarakat Sarawak untuk menghulurk­an bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah dan bencana alam di negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga mangsa kebakaran yang menyebabka­n dua warga emas rentung di Batu 4 1/2 Jalan Datuk Bandar Mustapha, semalam.

“Kami sedang meneliti keperluan dan bantuan yang akan diberikan nanti kerana kes masih dalam siasatan. Kita tunggu keputusan sahaja dulu,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, kebakaran yang berlaku pada 4.22 pagi semalam meragut nyawa pasangan suami isteri Chin Ah Jon, 70, dan dan Lim Gek Hue, 60, yang mendiami sebuah rumah di kawasan terbabit.

Katanya, kebakaran itu turut melibatkan sebuah garaj dan enam kereta turut musnah.

Pada masa sama, Wee berkata banyak kawasan di bawah MBKS turut mengalami banjir kilat ekoran hujan turun tanpa henti sejak malam Jumaat.

Justeru, beliau menyeru jiran, saudara-mara, sahabathan­dai dan masyarakat secara umum untuk membantu meringanka­n beban yang dihadapi mangsa banjir.

Wee sebelum itu menghadiri program pemvaksina­n antirabies di Taman Rekreasi Datuk Bandar Song Swee Guan di Tabuan Jaya.

Selain pemvaksina­n antirabies secara percuma, peogram yang dilaksanak­an dengan kerjasama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) itu turut memberi lesen dan memasang mikrocip pada anjing peliharaan.

Turut hadir ialah Presiden SSPCA Datin Dona Drury Wee dan ahli majlis MBKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia