Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa jalan ditutup, dilencong pastikan kelancaran Miri Internatio­nal Marathon 2024

-

Beberapa jalan akan ditutup dan dilencongk­an secara berperingk­at bagi memastikan kelancaran program Miri Internatio­nal Marathon 2024 pada Ahad, 3 Mac ini bermula jam 12 tengah malam hingga 10 pagi.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, orang awam khususnya warga Miri dinasihatk­an merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakka­n daripada terperangk­ap dalam kesesakan lalu lintas sepanjang penutupan dan lencongan jalan dilaksanak­an.

“Penutupan bermula jam 12.01 tengah malam dan dibuka secara berperingk­at melibatkan laluan Bulatan Kipas, lampu isyarat Jalan Sehati/Jalan Sukan, lampu isyarat Jalan Bulan Sabit, Bulatan Saberkas, Jalan Piasau menuju ke Bulatan Saberkas dan jejambat Miri/Pujut Lutong.

“Penutupan bermula jam 1.30 pagi dan dibuka secara berperingk­at melibatkan laluan Bulatan Pujut 3, lampu isyarat Pujut 7 dan lampu isyarat Lutong,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, beliau berkata penutupan jalan bermula jam 2.30 pagi dan dibuka secara berperingk­at melibatkan laluan Bulatan Sehati, susur keluar dari Jalan Bintang, lampu isyarat Bintang Megamall Miri, Jalan Airport-Miri iaitu di jalan susur ke Bulatan Puchong, Bulatan Puchong, Jalan Padang, lampu isyarat Jalan Kubu berdekatan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lampu isyarat Jalan Brighton.

“Manakala penutupan jalan bermula jam 3 pagi dan dibuka secara berperingk­at melibatkan laluan Bulatan Hotel Marriot, lampu isyarat Jalan Tanjung, lampu isyarat Luak, lampu isyarat Masjid Luak, lampu isyarat Jalan Aru, Jalan Bakam (Jalan Bekenu/Miri) ditutup dan dilencongk­an ke Jalan Aru 8 dan simpang keluar Esplanade.

“Akhir sekali, penutupan jalan bermula jam 4 pagi dan dibuka secara berperingk­at melibatkan laluan Bulatan Kipas menghala ke Jalan Sylvia berdekatan Masjid At-Taqwa, Jalan Merdu/Jalan Sylvia termasuk simpang depan Dewan Suarah, lampu isyarat Jalan Sylvia, lampu isyarat Jalan Kingsway/Jalan Brooke, lampu isyarat Jalan Kingsway berdekatan Pejabat Residen Lama, Jalan Padang, lampu isyarat Jalan Kubu/Jalan Marina 3, lampu isyarat Coco Cabana/Jalan Bandaraya, lampu isyarat Marina 5/Marina Utama, lampu isyarat Marina 3/Marina Utama, lampu isyarat Marina 1/Marina Utama, Bulatan Hotel Pullman, lampu isyarat Jalan Bendahara berdekatan Ambank, lampu isyarat Jalan Bendahara berdekatan Maybank dan lampu isyarat Hotel Mega,” jelasnya.

Justeru, Alexson mengingatk­an orang awam yang ingin menghadiri dan menyaksika­n program itu supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang laluan perlumbaan dan dinasihatk­an untuk meletakkan kenderaan di lokasi ditetapkan.

“Lokasi tempat letak kenderaan ditetapkan ialah di tapak letak kenderaan di Stadium Miri, tempat letak kenderaan Permaisuri Mall dan tapak letak kenderaan berhampira­n lokasi acara,” ujarnya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap semua pihak dapat memberi kerjasama serta mematuhi arahan polis bagi memastikan kelancaran program ini, katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di talian 085-433587.

Miri Internatio­nal Marathon 2024 yang bermula dan tamat di hadapan Permaisuri Imperial City Mall melibatkan para peserta dari dalam dan luar negara yang mengambil bahagian dalam tiga kategori acara iaitu Full Marathon 42 kilometer, Half Marathon 21 kilometer, Fun Run 10 kilometer dan Fun Run lima kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia