Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan bersama lapan guni daun ketum

-

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom berjaya menahan seorang lelaki yang membawa 102.7 kilogram daun ketum dalam Operasi Bersepadu Sekatan Jalanraya (SJR) di jalan Tenom-Keningau di sini.

Polis turut merampas dadah jenis syabu yang dibawa oleh suspek berumur 41 tahun dalam kejadian kirakira jam 11.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superitend­en Polis (DSP) Hasan Majid berkata, kejadian disedari apabila polis menahan sebuah kenderaan yang dinaiki lelaki warganegar­a tempatan terbabit.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap kenderaan itu menemukan lapan guni berisi daun yang disyaki daun ketum.

“Turut dijumpai bersama individu berkenaan ialah sejumlah dadah jenis syabu serta peralatan yang disyaki digunakan sebagai alat untuk menghisap dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini

Beliau berkata, rampasan dadah jenis syabu dan daun ketum seberat 102.7 kilogram dibawa ke IPD Tenom untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, Ops Bersepadu SJR ini dilaksanak­an pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan serta

Penguatkua­saan Trafik IPD Tenom.

Hasan berkata, Ops Bersepadu SJR akan dilaksanak­an dari semasa ke semasa dalam usaha mengekang aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdaganga­n dan kesalahan yang melibatkan undang-undang jalan raya.

“Polis akan sentiasa memantau dan tidak akan berkomprom­i dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

“Masyarakat juga dialualuka­n untuk menyalurka­n sebarang maklumat berkenaan aktiviti yang menyalahi undang-undang di daerah ini melalui talian 087-736211,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia