Utusan Borneo (Sarawak)

MDS Mall di Sibuti anjur majlis pembukaan rasmi

-

MDS Mall di Sibuti, destinasi beli-belah terbaharu yang terletak di pinggir bandar raya Miri membuka pintunya kepada orang ramai semalam pada majlis pembukaan rasmi besar-besaran yang disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni.

Majlis dimulakan dengan persembaha­n tarian singa ketika ketibaan menteri yang disambut oleh pasukan pengurusan kanan pusat belibelah tersebut.

Dalam ucapannya, Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti memuji usaha pemaju pusat beli-belah itu iaitu SOP Properties atas visi mereka dalam mewujudkan destinasi beli-belah selesa yang akan meningkatk­an ekonomi tempatan dan dijangka mengubah landskap komersial di kawasan Lambir dan Sibuti.

Sementara itu, Pengarah

MDS Mall Karen Ling dalam ucapan alu-aluannya berkata, pembukaan MDS Mall di Sibuti menandakan komitmen pihaknya untuk membina hab komuniti, menawarkan pelbagai barangan bukan sahaja kepada penduduk Sibuti tetapi juga mereka yang tinggal di kawasan berhampira­n.

“Ia bertujuan untuk menjadi pusat sehenti bagi membeli-belah, berehat dan tempat persinggah­an untuk mereka

yang hendak ke destinasi seterusnya.

“Kami sentiasa mengalualu­kan kehadiran setiap pengunjung, sama ada mereka ingin membeli barangan keperluan mahupun menjamu selera,” kata Ling.

Majlis memotong reben turut diadakan yang melambangk­an pembukaan rasmi pusat beli-belah tersebut

yang disertai para pengarah MDS Mall serta tetamu kehormat.

Selepas itu, Lukanisman menyampaik­an sejumlah 300 beg Bakul Rahmah setiap satu bernilai RM50 kepada golongan memerlukan dan kumpulan B40 di sini.

Dengan keluasan lantai bersaiz 110,000 kaki persegi, MDS Mall di Sibuti menempatka­n 40 lot kedai, sebuah pasar raya iaitu MDS Mart dan sebuah medan selera.

Pusat beli-belah ini terletak kira-kira 47km dari bandar raya Miri di sepanjang Jalan Miri-Bintulu dan berdekatan dengan simpang Bekenu.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah para pengarah MDS Mall iaitu Ling Chiong Sieng, Kuo Ing Hock, Wong Bak Hoe, Allen Tang, Pengarah Urusan Kumpulan Shin Yang Ling Chiong Sing, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Oil Palms Wong Hee Kwong serta para pemimpin masyarakat setempat.

 ?? ?? TERIMALAH: Ling (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lukanisman.
TERIMALAH: Ling (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Lukanisman.
 ?? ?? JOM SINGGAH: MDS Mall di Sibuti yang terletak kira-kira 47km dari bandar raya Miri.
JOM SINGGAH: MDS Mall di Sibuti yang terletak kira-kira 47km dari bandar raya Miri.
 ?? ?? PELBAGAI: MDS Mart yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian.
PELBAGAI: MDS Mart yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia