Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Kota Kinabalu akan perkasa program ‘walkabout’

-

KOTA KINABALU: Susulan berlakunya beberapa kes jenayah di pusat bandar raya awal Februari lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengambil inisiatif meningkatk­an program tinjauan mesra atau ‘walkabout’ yang dilaksanak­an oleh semua elemen secara bersepadu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, usaha itu membuahkan hasil apabila tiada sebarang jenayah direkodkan sejak 21 sehingga 29 Februari lalu.

“Peningkata­n program ‘walkabout’ bukan hanya berjaya menunjukka­n kehadiran (omni present) pihak polis kepada masyarakat di zon yang ditetapkan tetapi juga mampu membuat rondaan berkualiti di zon masingmasi­ng.

“Sepanjang program dijalankan pihak polis juga membuat pemeriksaa­n berkualiti terhadap individu yang berpotensi membuat jenayah seterusnya membuat tangkapan sekiranya terlibat dalam penyalahgu­naan undang-undang.

“Keselamata­n semua pihak juga terjamin dengan lawatan pihak polis ke premis perbankan serta komersil, kedai ‘soft target’ termasukla­h premis serbaneka yang beroperasi selama 24 jam,” katanya.

Beliau berkata, isu keselamata­n juga lebih terjamin apabila pihak polis memberi nasihat keselamata­n kepada pelancong asing dan menyediaka­n saluran bantuan kecemasan jika berlaku jenayah kepada mereka.

“Dengan adanya rondaan menyeluruh dalam program ‘walkabout’ bersepadu ini tiada sebarang jenayah berlaku di pusat bandar berbanding tempoh sama bermula 11 sehingga 20 Februari.

“Bagi memastikan keadaan ini berkekalan, agensi penguat kuasa sahabat diharap dapat membantu dari aspek kekuatan sumber manusia kepada PDRM untuk membolehka­n aktiviti ‘walkabout’ dapat dibuat sebanyak tiga sehingga empat syif setiap hari agar tiada kelompanga­n.

“Masyarakat serta warga bandar raya juga diminta terus bekerjasam­a melaksanak­an kawalan keselamata­n di kawasan masing-masing termasukla­h Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terutama di Kampung Tanjung Aru, Taman Dixon Luyang, Bandulan Manggatal, Warisan Inanam serta Gudon Alamesra,” katanya.

Program ‘walkabout’ dilaksanak­an diempat kumpulan pada waktu pagi dan malam di sekitar pusat bandar dengan dibahagika­n kepada empat zon meliputi kawasan bandar yang pesat dengan aktiviti perniagaan, perbankan serta pelanconga­n bagi pengunjung tempatan dan asing.

Zon A meliputi kawasan bermula Pondok Polis Warisan Square sehingga kawasan Pasar Besar ke pusat beli-belah Suria Sabah, manakala Zon B menghala ke Anjung Senja sehingga pusat beli-belah Imago.

Zon C bagi kawasan Sinsuran ke Wisma Merdeka diikuti Zon D bagi kawasan kritikal iaitu lokasi tumpuan ramai di Jalan Gaya, Asia City, Kampung Air sehingga Hotel Mercure.

Pada masa sama, program ‘walkabout’ bersepadu juga dijalankan pada waktu puncak bermula Jumaat sehingga Ahad yang disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi meningkatk­an kekerapan rondaan dan meluaskan kawasan rondaan sepanjang aktiviti Pasar Malam Gaya Street dan Tamu Gaya pada pagi Ahad.

Turut dijalankan ialah Ops Payung di beberapa kawasan tumpuan ramai yang tidak dapat dihadiri pasukan ‘walkabout’ serta Ops Poket daripada pihak Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) IPD Kota Kinabalu.

Team Cantas juga dijalankan berdasarka­n penugasan ditetapkan selain Op PTI Bersepadu selain rondaan rondaan kenderaan peronda polis (MPV) di zon program ‘walkabout’ dengan lebih kerap bagi mengesan serta menahan penjenayah di kawasan masing-masing.

 ?? ?? TURUN PADANG: Mohd Zaidi semasa melaksanak­an program ‘walkabout’ di salah sebuah kawasan tumpuan di Kota Kinabalu.
TURUN PADANG: Mohd Zaidi semasa melaksanak­an program ‘walkabout’ di salah sebuah kawasan tumpuan di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia