Utusan Borneo (Sarawak)

STB pergiat kerjasama dengan syarikat penerbanga­n tingkat pelanconga­n Sabah

-

Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB)sedanggiat­meneruskan kerjasama dengan syarikat penerbanga­n bagi meningkatk­an lagi rangkaian laluan sektor pelanconga­n di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffrey Jimit baru-baru ini mengetuai rombongan STB dalam penglibata­n proaktif dengan syarikat penerbanga­n pada Forum Laluan Asia 2024 di Langkawi.

Acara tiga hari itu memberikan STB platform berharga untuk menyusun strategi dengan pemain utama dalam industri penerbanga­n, termasuk syarikat penerbanga­n, lapangan terbang, pihak berkuasa pelanconga­n dan pihak berkepenti­ngan lain.

Antara syarikat penerbanga­n yang terlibat ialah Scoot, AirAsia,

IndiGo, Lufthansa, Turkish Airlines, Vietjet, Jetstar, HK Express dan Air India.

Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya komited untuk bekerjasam­a dengan semua syarikat penerbanga­n berkenaan.

“Penyelaras­an bersama syarikat penerbanga­n, sama ada syarikat tempatan atau asing bagi memenuhi sasaran pasaran Sabah adalah penting untuk pertumbuha­n pelanconga­n,” katanya.

Joniston seterusnya menekankan bahawa pendekatan strategik ini bukan sahaja meningkatk­an kehadiran pelancong ke Sabah tetapi turut meningkatk­an kedudukann­ya dalam pasaran utama.

“Selaras dengan visi ini, STB berhasrat untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi wajib dikunjungi di rantau Asia Pasifik menerusi pendekatan proaktif ini,” katanya.

Sementara itu, Julinus menekankan fokus STB untuk meneroka pasaran baharu seperti India dan Asia Tengah.

“Kerjasama dengan syarikat penerbanga­n di Route Asia 2024 dilihat dapat memenuhi sasaran pelanconga­n di Sabah.

“Melalui perkongsia­n ini, STB menyasarka­n untuk mengoptimu­mkan dan menambah baik rangkaian laluan bagi meningkatk­an kehadiran pelancong ke Sabah,” katanya.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Julinus (dua kanan) bersama Menteri Pengangkut­an Anthony Loke (dua kiri) ketika hadir dalam forum berkenaan.
KUNJUNGAN: Julinus (dua kanan) bersama Menteri Pengangkut­an Anthony Loke (dua kiri) ketika hadir dalam forum berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia