Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar berjaya lanjut pengajian dibantu

Kerajaan Sarawak sedia pelbagai inisiatif untuk meringanka­n beban pelajar: Rentap

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin untuk membantu pelajar yang berjaya meneruskan pendidikan sehingga ke peringkat universiti dengan menyediaka­n pelbagai inisiatif bagi meringanka­n beban mereka.

Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu berkeyakin­an penuh setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing mencapai kejayaan dalam kehidupan.

“Sebagai ibu bapa kita harus menyediaka­n keperluan dalam pendidikan anak-anak sebagai perangsang kepada mereka untuk mencipta kejayaan.

“Oleh yang demikian, ilmu dan pendidikan adalah amat penting dalam kehidupan, selain sebagai bekalan menempuhi alam pekerjaan.

“Pada masa sama, kerajaan menyediaka­n pelbagai fasiliti

Pada masa sama, kerajaan menyediaka­n pelbagai fasiliti dan kemudahan di institusi pendidikan sebagai tempat menimba ilmu di negeri ini yang harus direbut oleh rakyatnya dan bersaing mendapat tempat.

dan kemudahan di institusi pendidikan sebagai tempat menimba ilmu di negeri ini yang harus direbut oleh rakyatnya dan bersaing mendapat tempat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Kampung Melayu Betong yang berlangsun­g di

Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong di sini, semalam.

Rentap berkata, kejayaan Jawatankua­sa Kebajikan Kampung Melayu (JKBKM) Betong dengan kerjasama Tabung Baitulmal Bahagian Betong menjayakan program tersebut merupakan titik permulaan merangsang anakanak sekolah dalam membekalka­n keperluan persekolah­an mereka yang akan bermula

dua minggu lagi.

“Tahniah kepada keduadua pertubuhan dan agensi ini yang telah berjaya memberi sumbangan berupa beg dan kelengkapa­n alat tulis untuk murid tahun satu, dua dan tiga dari enam kampung Melayu di sini.

“Seramai 74 penerima telah disenarai sebagai menerima sumbangan tersebut yang diraikan pada majlis kita pada hari ini (semalam),” ujarnya.

Pada majlis itu juga, Rentap mengumumka­n sumbangan kepada JKBKM berjumlah RM15,000 untuk membantu pertubuhan terbabit melaksanak­an programnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Betong Alfred Ason Geling, Pegawai UKAS Betong Tony Malang, Pengerusi Program KK Rokiah Mahmud dan wakil Tabung Baitulmal Abang Mohamad Abang Tahar.

Dato Gerald Rentap Jabu Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak

 ?? ?? KELENGKAPA­N SEKOLAH: Rentap menyampaik­an sumbangan beg dan alat tulis kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Rokiah (tiga kiri).
KELENGKAPA­N SEKOLAH: Rentap menyampaik­an sumbangan beg dan alat tulis kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Rokiah (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia