Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel kemahiran perabot ubah nasib B40, belia PPR

-

dengan menggunaka­n ‘bahan buangan’, siapa sangka hasilnya mampu menjana pendapatan dan mengubah kehidupan seterusnya memberikan sinar baharu kepada golongan B40 dan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Itulah yang dilakukan Mohd Faizal Ayob, 40, menerusi perusahaan sosial asas (PSA), Re-Kayu yang menjadikan kayu palet dan kayu pine kitar semula untuk memperkasa­kan golongan berkenaan dengan kemahiran pertukanga­n kayu dan pembuatan perabot.

Sejak PSA dilaksanak­an tiga tahun lepas, Mohd Faizal bukan sahaja membantu mereka yang kehilangan pekerjaan membina semula kerjaya dengan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan, tetapi juga meningkatk­an mereka menjadi usahawan berjaya yang mampu menyiapkan tempahan perabot hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Gembira dengan pencapaian itu, beliau berkata program yang memberi latihan pertukanga­n kayu secara percuma berkenaan telah menarik 50 belia di PPR dan B40 di sekitar Lembah Klang dan pihaknya menyasarka­n penyertaan lebih 200 individu pada tahun depan.

“Peserta akan diberi pendedahan mengenai fungsi dan kegunaan alatan pertukanga­n kayu dan mesin kayu yang lebih jimat tenaga dan masa sepanjang tempoh dua hari kursus.

“Mereka juga boleh mempelajar­i teknik dan kemahiran pertukanga­n kayu termasuk pemilihan bahan, lukisan reka bentuk, laminasi dan perapian selain mengasah kreativiti dan inovasi peserta,” katanya kepada Bernama.

Antara perabot yang dihasilkan ialah katil, meja tulis, bangku, rak kasut dan rak pakaian dengan permintaan paling tinggi dterima adalah tempahan katil untuk mangsa banjir sebanyak 150 unit.

Bekas pensyarah pelanconga­n di sebuah universiti di ibu kota ini berkata bahan kayu yang digunakan diperoleh dari gudang dan kilang dengan perabot hasil kerja tangan peserta, dipasarkan sehingga luar Lembah Klang selain turut disewakan untuk kegunaan pelbagai majlis.

Antara PPR yang terlibat menjayakan inisiatif berkenaan ialah PPR Kampung Baru HICOM Shah Alam, PPR Pantai Ria, PPR Lembah Subang, Flat Gasing Indah, Flat Puchong Permai dan Pangsapuri Angkat Angsana USJ 1.

“Program tidak terhenti setakat memberi latihan sahaja sebaliknya kami buat susulan setiap aktiviti pertukanga­n yang dilakukan di rumah selain kita bantu penggunaan peralatan.

“Hasrat kami juga sangat besar iaitu kami ingin melihat golongan B40 tidak dipandang rendah dan kami mahu bantu mereka melebarkan sayap ke peringkat lebih baik,” katanya yang sedang mengikuti kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4 dalam bidang teknologi perabot.

Program itu juga turut mendapat kerjasama pelbagai agensi antaranya Rakan Muda, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara.

Penyertaan golongan bekas banduan, belia bermasalah dan penganggur juga turut disasarkan menerusi Program Keusahawan Sosial dan Pembudayaa­n Komuniti Inovatif bagi memberikan peluang kedua kepada mereka untuk membina kehidupan lebih baik.

Inisiatif PSA itu turut memulakan Program Return To Work dengan kerjasama Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Yayasan Inovasi Malaysia bagi tujuan sama melalui modul pembuatan perabot.

“Kami juga akan bekerjasam­a dengan pusat latihan kemahiran seperti Pusat Pembanguna­n Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) dalam memberi pensijilan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) untuk peserta agar lebih berdaya saing,” katanya.

Ditanya tentang perancanga­n masa hadapan, Mohd Faizal berhasrat membina kilang perusahaan sosial berasaskan pembuatan perabot bagi pasaran tempatan dan luar negara.

“Walaupun banyak cabaran untuk merealisas­ikan hasrat dan inisiatif ini, Re-Kayu akan berusaha dan yakin mencapai misi dan matlamat itu,” katanya yang pernah memenangi beberapa pertanding­an termasuk tempat pertama program NGO@ Makerthon.

Seorang peserta Rahayu Zabani, 42, berkata bengkel berkenaan menjadi platform untuk mengembang­kan minatnya dalam bidang pertukanga­n kayu selain menjana pendapatan tambahan.

“Kemudahan dan peralatan

yang disediakan pihak ReKayu sangat lengkap dan ini memudahkan kerja-kerja pertukanga­n,” kata ibu kepada kepada lima anak itu.

Rahayu yang menetap di Perumahan Awam Seri Sarawak kini giat mengambil tempahan membuat pelbagai jenis perabot seperti meja, kerusi dan rak peralatan dapur.

Sanggup meninggalk­an kerjaya dalam bidang pendawaian elektrik untuk menumpukan bidang pertukanga­n kayu, Mohd Helmi Mohd Sulaiman, 34, dari

PPR Pantai Permai di sini berkata dia tidak mahu melepaskan peluang membina kerjaya baharu yang lebih menjamin masa hadapannya dan keluarga.

“Selepas menyertai bengkel ini pada Mac tahun lepas, saya telah menyiapkan kabinet dapur untuk lima rumah pada harga yang sangat berbaloi bergantung pada jenis perabot yang ditempah,” katanya menambah kerja pertukanga­n kayu mengambil masa lebih singkat untuk menjana pendapatan lebih lumayan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KITAR SEMULA: Antara perabot yang dihasilkan adalah katil, meja belajar, bangku, rak kasut, rak pakaian dan perabot untuk luar bangunan yang dihasilkan dengan kayu pine kitar semula dan kayu pallet diperoleh daripada gudang dan kilang di Subang Jaya.
— Gambar Bernama KITAR SEMULA: Antara perabot yang dihasilkan adalah katil, meja belajar, bangku, rak kasut, rak pakaian dan perabot untuk luar bangunan yang dihasilkan dengan kayu pine kitar semula dan kayu pallet diperoleh daripada gudang dan kilang di Subang Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? KERJA PEMOTONGAN KAYU: Ismail Azahar melakukan kerja-kerja pemotongan kayu di Kompleks 3C Majlis Perbandara­n Subang Jaya.
— Gambar Bernama KERJA PEMOTONGAN KAYU: Ismail Azahar melakukan kerja-kerja pemotongan kayu di Kompleks 3C Majlis Perbandara­n Subang Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL: Antara hasil produk yang telah dihasilkan oleh peserta Re-Kayu ketika di Kompleks 3C Majlis Perbandara­n Subang Jaya.
— Gambar Bernama HASIL: Antara hasil produk yang telah dihasilkan oleh peserta Re-Kayu ketika di Kompleks 3C Majlis Perbandara­n Subang Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? MEMANTAU: Mohd Faizal (kiri) memantau peserta-peserta di Kompleks 3C Majlis Perbandara­n Subang Jaya.
— Gambar Bernama MEMANTAU: Mohd Faizal (kiri) memantau peserta-peserta di Kompleks 3C Majlis Perbandara­n Subang Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERTUKANG: Rohayu melakukan kerja-kerja pertukanga­n di Kompleks 3C Majlis Perbandara­n Subang Jaya.
— Gambar Bernama BERTUKANG: Rohayu melakukan kerja-kerja pertukanga­n di Kompleks 3C Majlis Perbandara­n Subang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia