Utusan Borneo (Sarawak)

TVET dalam pertanian penting, jamin keterjamin­an makanan: Mohamad Sabu

-

Kerajaan akan memperkasa­kan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam bidang pertanian dengan melahirkan lebih ramai siswazah bagi memastikan keterjamin­an dan keselamata­n makanan negara pada masa hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini hanya terdapat kira-kira 600 lepasan universiti dalam bidang pertanian setiap tahun.

Katanya Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) menyasarka­n lebih ramai mahasiswa bukan sahaja mengikuti kursus pengajian dalam bidang pertanian, malah mata pelajaran lain untuk menceburi bidang tersebut selepas tamat pengajian kelak.

“Kita tidak bergerak secara solo dan telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Ma

jlis TVET Negara berhubung langkah untuk menggalakk­an penyertaan dan melahirkan lebih ramai lepasan universiti dalam bidang ini.

“Bagaimanap­un kita akur sekarang ini ramai anak muda lebih berminat dalam ekonomi gig kerana pendapatan lebih cepat tetapi ini antara usaha untuk memupuk industri pertanian dan makanan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan

Ekspo Pakar Pertanian di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, semalam.

Sementara itu, mengenai hala tuju KPKM pada tahun ini, Mohamad berkata empat pembanguna­n industri ditekankan iaitu padi dan beras, ayam, itik dan telur, bawang merah dan nanas.

Bagi inisiatif gelombang padi yang digerakkan bermula tahun ini, beliau menyasarka­n kadar sara diri (SSR) beras negara akan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam usaha untuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap eksport menjelang 10 tahun akan datang.

Selain itu, katanya pemerkasaa­n penanaman padi bukit dan padi huma di Sabah dan Sarawak juga akan dilaksanak­an dengan menyediaka­n peruntukan bagi pembekalan input pertanian.

Sementara itu, Mohamad berkata KPKM juga akan bekerjasam­a dengan negara Iran dalam penyelidik­an dan perkongsia­n teknologi pembiakan baka ayam Arian yang berpotensi untuk memenuhi permintaan bekalan ayam.

Ekspo Pakar Pertanian edisi kedua itu diadakan selama tiga hari bermula kelmarin menjadi platform yang didedikasi untuk keseluruha­n kemampanan ekosistem bekalan makanan, mengetenga­hkan inovasi, amalan dan teknologi dalam sektor pertanian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Mohamad Sabu melawat reruai pameran Ekspo Pakar Pertanian 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Mohamad Sabu melawat reruai pameran Ekspo Pakar Pertanian 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia