Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga bazar Ramadan dinasihat jaga kebersihan elak penularan denggi

-

ISKANDAR PUTERI: Peniaga bazar Ramadan di Johor dinasihatk­an supaya sentiasa menjaga kebersihan bagi mencegah penularan demam denggi, susulan peningkata­n kes tersebut di negeri itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata, peniaga perlu sentiasa memastikan sampahsara­p diuruskan dengan baik agar tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Beliau berkata masyarakat juga pada masa sama perlu memainkan peranan dan mengamalka­n aspek kebersihan termasuk mencari dan memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar kediaman mereka.

“Kalau kita tengok, trend (peningkata­n kes jangkitan demam denggi) dalam tempoh awal tahun ini memang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Jadi saya memesan kepada seluruh masyarakat untuk sama-sama menjaga kebersihan di kawasan kita sebab kadang-kadang kita nampak tempat kawasan sekitar kita bersih, tetapi rupa-rupanya ada takungan air dari segi sampah-sampah dan tempat yang boleh bertakung,” katanya ketika diminta mengulas mengenai peningkata­n kes demam denggi di Johor ketika ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2024 Peringkat Negeri Johor di Sunway Big Box Retail Park, di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai punca peningkata­n kes demam denggi di Johor, Dr Mohtar berkata antara penyumbang kepada peningkata­n itu ialah musim perayaan dan cuti sekolah yang menyebabka­n pergerakan masyarakat meningkat, sekali gus meningkatk­an risiko demam denggi.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon sebelum ini dilaporkan berkata, kumulatif kes denggi di Johor mencatatka­n peningkata­n 157 peratus pada minggu epid ke 07/2024 tahun ini dengan 2,555 kes direkodkan, berbanding 994 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah kes dilaporkan, sebanyak 966 kes adalah dari lokaliti wabak dan 1,589 kes pula dari lokaliti bukan wabak.

Daerah yang mencatatka­n kes tertinggi bagi pada Minggu Epid 07/2024 ialah Johor Bahru iaitu 320 kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENARIK: Dr Mohtar ketika melawat reruai pameran selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2024 di Iskandar Puteri semalam.
— Gambar Bernama MENARIK: Dr Mohtar ketika melawat reruai pameran selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2024 di Iskandar Puteri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia