Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan Israel bunuh tiga di pantai Syria: Pemerhati

-

Serangan Israel ke atas sebuah villa di pantai Syria kelmarin mengorbank­an tiga orang, termasuk penasihat tentera Iran, menurut sebuah badan pemerhati, pada hari ketiga berturuttu­rut serangan Israel ke atas Syria.

Tiga letupan telah menggegark­an tengah Banias, di Mediterran­ean, ketika serangan pada awal pagi ke atas sebuah villa yang menempatka­n “sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Iran”, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpusat di Britain.

Bangunan telah musnah, membunuh penasihat tentera Iran dan dua orang lagi bukan rakyat Syria yang bersama dengannya, menurut SOHR, yang bergantung kepada satu rangkaian sumber di dalam Syria.

Pada Khamis, Israel telah membunuh seorang pejuang Hizbullah dalam serangan ke atas Syria, dekat dengan sempadan Lubnan, menurut SOHR, beberapa jam selepas serangan serupa.

Israel telah melancarka­n beratus-ratus serangan udara ke atas beberapa sasaran di

Syria sejak perang saudara meletus pada 2011. Serangan yang kebanyakan menyasarka­n pasukan tentera yang dibantu oleh Iran termasuk pejuang dari pergerakan Hizbullah di Lubnan termasuk beberapa kedudukan tentera Syria.

Pasukan separa tentera yang disokong oleh Iran telah memperting­katkan kuasa pertempura­n terhadap rejim Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad sejak bermulanya perang 2011.

Tehran menyatakan ia telah mengerahka­n pasukan tenteranya di Syria di atas jemputan dari Damsyik, namun hanya sebagai penasihat.

Serangan telah meningkat sejak perang Israel dengan kumpulan pejuang Hamas di Palestin bermula pada 7 Oktober.

Israel jarang memberikan komen mengenai serangan individu namun telah beberapa kali menyatakan ia tidak akan membenarka­n Iran untuk memperluas­kan kehadirann­ya di Syria. Iran menyokong kerajaan Assad dan Hizbullah, yang menyokong Hamas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia