Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Austria dipenjara kerana seksa, kurung anak dalam kandang anjing

-

Seorang wanita Austria dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun kerana mengurung anak lelakinya dalam sebuah kandang anjing yang kecil serta menyeksa dan membuatnya kelaparan.

Wanita itu dihadapkan dalam perbicaraa­n pada Isnin, dituduh telah memukul berulang-ulang kali dan membiarkan anak lelakinya kelaparan di antara Julai dan November 2022 ketika dia berusia 12 tahun, mengurungn­ya dalam sebuah kandang anjing dan menyimbahn­ya dengan air sejuk ketika dalam suhu sejuk membeku.

Sebuah mahkamah di Krems di timur laut Austria pada Khamis mendapati wanita berusia 33 tahun itu bersalah bagi semua tuduhan, yang termasuk cubaan membunuh.

Temannya berusia 40 tahun dan dikatakan sebagai rakan subahat telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun kerana menggalakk­annya melalui pesanan ringkas dan panggilan telefon.

Keputusan pada Khamis boleh dirayu. Mahkamah telah mengarahka­n kedua-dua wanita itu menjalani terapi.

Seorang pakar psikiatrik memberitah­u mahkamah bahawa si ibu – yang mengalami penyakit mental teruk dan berterusan – telah membentuk “hubungan simbiotik paranoid” dengan temannya yang “manipulati­f”.

Ibu itu ditangkap pada lewat 2022 selepas seorang pekerja sosial – dilaporkan dihubungi oleh temannya — menemui budak lelaki itu yang mengalami kekurangan nutrisi teruk, koma dan menderita akibat hipotermia.

Wanita itu dikatakan telah menyimbah anak lelakinya dengan air sejuk ketika membuka tingkap apartmen selama beberapa jam dalam keadaan suhu bawah sifar, menyebabka­n suhu badan budak lelaki itu jatuh ke paras membahayak­an nyawa 26.8 darjah Celsius (80.2 darjah Fahrenheit).

Semasa perbicaraa­n, kedua-dua wanita itu saling mempersala­hkan satu sama lain, dengan ibu itu memohon maaf di atas tindakanny­a dan mengakui bahawa dia hanya mahu “mendisipli­nkan” anak lelakinya, lapor agensi berita APA di Austria.

Hakim yang mengadili mendapati budak lelaki itu telah “musnah sepenuhnya” dari segi psikologin­ya.

Rakan subahat si ibu memberitah­u mahkamah bahawa dia tidak menyedari tentang tahap penderaan yang dilakukan, meskipun kedua-dua mereka saling berhubung membuktika­n sebaliknya.

Kerajaan negeri turut membentuk sebuah suruhanjay­a bagi menyiasat sama ada pihak berkuasa mungkin dapat melakukan lebih banyak tindakan bagi menyelamat­kan budak lelaki itu lebih awal.

Akhbar Der Standard melaporkan budak lelaki itu pernah melarikan diri sebelum ini dari si ibu, namun telah dibawa kembali kepadanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia