Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga ditembak di pejabat doktor gigi di California

Seorang maut dan dua cedera, polis lancar operasi buru suspek ‘bersenjata dan berbahaya’

-

LOS ANGELES: Polis melancarka­n operasi pemburuan di bandar El Cajon di California pada Khamis selepas insiden tembakan di sebuah pejabat doktor gigi menyebabka­n seorang maut dan dua lagi tercedera, lapor media tempatan.

Pihak polis di pekan, kirakira 20 batu (30 kilometer) di luar San Diego, menerusi media sosial berkata mereka sedang mencari seorang suspek berusia 29 tahun “bersenjata dan berbahaya” yang melarikan diri dari lokasi serangan, yang menurut mereka merupakan “satu kejadian penembak aktif”.

Dua orang yang tercedera telah dibawa ke hospital dalam keadaan stabil, lapor stesen TV tempatan KUSI.

Keganasan senjata adalah biasa di Amerika Syarikat (AS), di mana terdapat lebih banyak senjata berbanding penduduk dan kira-kira satu pertiga daripada orang dewasa memiliki senjata api.

Tinjauan menunjukka­n majoriti rakyat AS memihak kepada peraturan senjata yang lebih ketat secara teori, namun pelobi senjata api yang berkuasa dan pengundi yang dikerahkan menyokong budaya bagi hak senjata kuat di negara ini telah beberapa kali membuatkan tindakan politik dari kongres adalah sukar.

Mahkamah Agung AS yang berpuak-puak mendengar hujah pada Rabu mengenai kesahan untuk “bump stocks” – alat mudah yang boleh membenarka­n tembakan pantas dari senjata semi-automatik.

Kes itu bermula daripada kejadian tembakan beramairam­a terburuk dalam sejarah AS apabila pada Oktober 2017 seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di konsert muzik terbuka di Las Vegas, membunuh 58 dan mencederak­an 500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia