Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola jangkakan yang ‘terbaik’ daripada Man Utd

-

Pep Guardiola menjangkak­an yang ‘terbaik’ daripada Manchester United walaupun Manchester City akan memulakan perlawanan pasukan jiran Ahad ini sebagai pasukan pilihan untuk menguasai saingan mereka.

City telah memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir mereka menentang United dalam semua pertanding­an dan berada 15 mata di hadapan lawan mereka dalam Liga Perdana.

Tetapi Guardiola, yang pasukannya memburu tiga trofi semusim untuk kali kedua berturut-turut, berkata dia tidak akan mengambil mudah

United.

“Saya mengharapk­an yang terbaik daripada United, tetapi saya akan tidak bercakap tentang apa yang mereka lakukan, mengenai lawan yang saya terlalu hormati,” katanya.

“Saya tidak mahu orang salah faham dengan kata-kata saya.”

Dia menambah: “Saya mengenali mereka dan sangat menghormat­i institusi, United, Erik (ten Hag) dan pemain-pemain dan apa yang kami perlu lakukan, pemain saya akan mengetahui­nya hari ini dan esok.”

Guardiola berkata walaupun United mengharung­i musim yang mengecewak­an, mereka masih mengancam.

“Dalam satu aksi mereka mencipta sesuatu yang istimewa dalam set piece, dalam peralihan, dalam permainan terbuka, hubungan antara beberapa pemain dan mereka menjaringk­an gol,” katanya.

“United sentiasa begitu. Apabila mereka bermain dengan baik mereka memenangi perlawanan, apabila mereka OK mereka, tiada tekanan.

“Kita sudah berada pada Mac, dalam 2024 mereka hanya tewas satu perlawanan, minggu lalu di laman sendiri (menentang Fulham).”

Guardiola ditanya sama ada penguasaan City dalam perlawanan antara kedua-dua pasukan menggambar­kan peralihan dalam kuasa di Manchester sejak sedekad lalu.

“1980-an Liverpool, 90-an United dan kini kami bertahun-tahun, memenangi tujuh Liga Perdana dalam dekad lalu, 11, 12 tahun,” katanya.

“Begitulah. Dalam 50 tahun atau 60 tahun tidak pernah ada dalam satu negara satu kelab yang menguasai dan mengawal segala-galanya, jadi kami boleh mencuba sebolehbol­ehnya untuk melanjutka­n apa yang kami cuba lakukan, terutamany­a konsisten selama bertahun-tahun.”

 ?? ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia