Utusan Borneo (Sarawak)

Onana percaya dirinya mulai bersinar

Penjaga gol Man Utd itu mengharung­i ‘masa sukar’ pada awal kariernya bersama kelab

-

LONDON: Andre Onana percaya dia semakin bertambah baik selepas mengharung­i ‘masa sukar’ pada bulan-bulan awal kehidupan di Manchester United.

Pemain antarabang­sa Cameroon itu menyertai kelab itu dari Inter Milan pada Julai dalam perjanjian 47.2 juta tetapi rentetan kesilapan yang mahal menyebabka­n dia berada di bawah tekanan besar.

Onana, 27, berkata sukar untuk menyesuaik­an diri dengan kehidupan di Britain.

“Saya mengambil masa enam bulan atau tujuh bulan bukan untuk bermain dengan baik, untuk berasa baik,” katanya.

“Ia masa yang sukar untuk saya. Sekarang saya berasa lebih baik kerana semuanya baharu. Sukar untuk saya berasa seperti di rumah atas banyak sebab, sebuah negara baharu.

“Tetapi sekarang saya berasa baik. Saya tidak mahu bercakap mengenai prestasi saya kerana saya tahu saya telah melakukan yang lebih baik sebelumnya sebagai penjaga gol.

Saya mengambil masa enam bulan atau tujuh bulan bukan untuk bermain dengan baik, untuk berasa baik.

Andre Onana Penjaga gol Manchester United

“Jadi, bagi saya, perkara yang paling penting ialah untuk bersedia, gembira dan saya akan bersinar.”

Onana bercakap secara terbuka mengenai permulaan hidupnya yang mencabar di Britain menjelang perlawanan United menentang juara Liga Perdana, Manchester City pada Ahad.

Kesilapan penjaga gol itu

semasa percubaan singkat Liga Juara-Juara United membawa padah besar tetapi sejak itu prestasiny­a telah meningkat dengan ketara dan dia percaya dia kini bertambah baik.

“Saya fikir ada titik perubahan, tetapi bukan di atas padang kerana seperti yang saya katakan, lebih tekanan mental kerana semuanya

berbeza,” katanya.

“Sudah tentu, saya berpindah musim lalu dari Amsterdam (Ajax) ke Milan, tetapi penyesuaia­n diri itu agak mudah.

“Tetapi saya mengambil masa tujuh, lapan bulan di sini. Ia masa untuk belajar dan hanya bermain perlawanan demi perlawanan. Saya harap kami akan menang di atas.”

Onana berkata dia mendapat sokongan daripada rakan sepasukan sebaik tiba di Old Trafford.

“Mereka sentiasa percaya kepada saya, mereka memberitah­u saya dari awal, ‘Andre, dengar, kualitinya ada, hanya menunggu masa,’ katanya.

“Saya sangat gembira, terutamany­a dengan penyokong, peminat. Mereka baik dengan saya walaupun dalam tempoh sukar dan saya sangat bersyukur. Saya hanya boleh berterima kasih kepada mereka.

“Saya rasa semuanya sudah berlalu. Sekarang kita perlu meneruskan dan saya fikir masa yang hebat akan tiba.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Onana berasakan dirinya sudah menemui rentak bersama Man United.
— Gambar AFP TENANG: Onana berasakan dirinya sudah menemui rentak bersama Man United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia