Utusan Borneo (Sarawak)

Howe tepis laporan jawatannya bakal diambil alih oleh Nagelsmann

-

LONDON: Eddie Howe kelmarin berkata masa depannya di Newcastle yang bergelut itu terletak dalam tangannya sendiri semasa dia menepis laporan yang mengaitkan jurulatih Jerman Julian Nagelsmann dengan tugasnya.

Magpies menuju ke pertembung­an Liga Perdana dengan Wolves pada Sabtu ketika menduduki tempat ke10 dan jauh dari prestasi yang mereka pamerkan musim lalu untuk memastikan kedudukan empat teratas.

Laporan dari Jerman mengatakan Newcastle boleh beralih kepada bekas jurulatih Bayern itu jika mereka memutuskan untuk menggantik­an Howe pada akhir musim ini.

Ditanya mengenai spekulasi itu, Howe memberitah­u pemberita: “Sebenarnya, ia tidak menjejaska­n saya. Saya di sini, saya duduk di kerusi dan masa depan saya akan ditentukan oleh apa-apa yang saya lakukan, bukan orang lain.”

Howe telah memberi impak besar di St James’ Park sejak pelantikan­nya pada November 2021, hanya beberapa minggu selepas pengambila­lihan kelab yang dibiayai oleh Arab Saudi, kelab itu belum memenangi trofi utama sejak 1969.

Dia mengangkat Newcastle keluar dari zon penyingkir­an dan kemudian mendalangi kelayakan ke final Piala Liga musim lalu, juga memastikan kelayakan Liga Juara-Juara.

Tetapi mereka tersingkir awal dari Eropah dan bergelut untuk mencari konsistens­i dalam liga, meninggalk­an Piala FA sebagai peluang tunggal untuk merangkul piala, dengan penyandang gelaran Manchester City merupakan lawan mereka seterusnya.

“Terpulang kepada saya untuk terus membuktika­n (diri saya),” kata Howe. “Tetapi saya menyokong diri saya dan kebolehan saya. Saya

tahu kualiti saya. Saya tahu apa yang saya bawa ke tempat kerja dan saya mempunyai cita-cita untuk pasukan dan untuk kelab.

“Saya tidak boleh mengawal apa yang orang tulis dan setiap segi spekulasi yang ada dan saya tidak cuba untuk terlibat di dalamnya.”

Howe mengakui Newcastle “kehabisan masa” untuk menyelamat­kan musim mereka ketika mereka berusaha untuk layak ke Eropah.

“Saya fikir kami tidak boleh kehilangan terlalu banyak mata, sama ada di tempat sendiri atau di tempat lawan,” katanya.

“Biar saya beritahu kamu, tiada perkara seperti mata mudah dalam Liga Perdana. Ia divisyen yang kejam dan kami tahu kami kehabisan peluang.”

 ?? ?? NAGELSMANN
NAGELSMANN
 ?? HOWE ??
HOWE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia