Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan S.H.I.E.L.D dinobatkan juara Liga Perkhidmat­an Awam II

-

Pasukan S.H.I.E.L.D mengesahka­n kejuaraan Liga Perkhidmat­an Awam II 2023 di Megalanes Sarawak, Batu Kawa di sini kelmarin.

Gelaran juara dirangkul selepas kejayaan menundukka­n SUK Bowlers dengan 11-9 bagi mengutip 34.67 mata Peterson sekali gus mengumpul 679.41 mata Peterson secara keseluruha­n.

Gandingan Mohd Faizal Zainor Halim, Marzainah Jayamara dan Dr Bemen Wong menampilka­n aksi cemerlang membenam wakil SUK Bowlers iaitu Abu Seman Umar, Ruzaimah Rahmat dan Adrian Chan berpuas hati kedudukan naib juara mengumpul 635.80 mata.

Minggu terakhir liga tersebut disertai 18 pasukan turut menyaksika­n The Cops bangkit menundukka­n One Mixx Team (14-6) untuk menduduki tangga ketiga dengan 626.79 mata Peterson.

Diwakili Mohd Naim Bebeto Sulaiman, Hipni Morni dan Sofian Kamsani, The Cops gah menumpaska­n One Mixx Team membariska­n Awang Fadilah Jaya, Abang Muhammad Sufian Abu Seman dan Abdul Ramzi Rahamat untuk mengutip 622.60 mata Peterson.

PSKPP B menduduki tangga kelima selepas membenam pasukan di tangga keenam, Dynamixxx dengan 13-7.

Dynamixxx mendapat mata tertinggi dalam perlawanan itu namun PSKPP B memenangi mata Peterson yang lebih baik dengan 615.46 mata berbeza dengan Dynamixxx hanya meraih 610.76 mata.

Keputusan lain menyaksika­n The Cannon Balls menang ke atas EVO dengan 12-8 dalam pertarunga­n ‘positionin­g round’ untuk menduduki tangga ketujuh dengan mengumpul 608.19 mata manakala EVO kekal di tangga kelapan dengan 601.64 mata.

Dalam pada itu, Medic Squad dan Black Dragon Bowlers kekal di tangga kesembilan dan ke-10 selepas perlawanan antara keduanya memihak kepada Medic Squad dengan kemenangan 14-6.

Medic Squad mengutip 597.74 mata dan Black Dragon Bowlers dengan 575.28 mata.

Sementara itu, kedudukan ke-11 dan 12 diungguli Pin Pocket dan De’1D. Pin Pocket mengatasi De’1D dengan 11-9 mengumpul 571.07 mata manakala De’1D dengan mengutip 568.95 mata.

Perebutan tempat ke-13 dan 14 turut menarik apabila PSKPP A kekal di tangga ke-13 meskipun ditewaskan Kuching Waterboard dengan 12-8.

PSKPP A meraih 566.12 mata sambil Kuching Waterboard di tangga ke-14 dengan mengumpul 551.80 mata.

Sementara UBC meraih kedudukan ke-15 selepas kejayaan membenam UiTM Crocs dengan 19-1 menerusi gandingan trio Mohd Zulfakhri Afandi, Isa Kumar Sulaiman dan Yusralina Yusof.

UBC meraih 537.32 mata secara total manakala UiTM Crocs jatuh ke tangga ke-18 dengan hanya mengumpul 500.58 mata.

Dengan kejatuhan UiTM Crocs, SUKBOM dan SDO Mix Crocs mengambil peluang menduduki tangga ke16 dan 17.

Tuah lebih memihak SUKBOM apabila berjaya menjinakka­n SDO Mix Crocs untuk menamatkan saingan

dengan 517.01 mata sambil SDO Mix Crocs meraih 500.74 mata.

Pemain S.H.I.E.L.D,

Nazrin Wagiman mengunggul­i kategori Individual High Game (scratch) dan Individual High Series (scratch) dengan

melakukan 300 jatuhan pin sejak minggu kesembilan dan 951 jatuhan pin sejak minggu ketujuh.

 ?? ?? MILIK KAMI: Pasukan S.H.I.E.L.D (dari kiri) Halimah Ariffin, Nurafidza Mohd Amran, Hettysuzan­a Bustari, Marzainah Jayamara dan Nazrin Wagiman menerima hadiah juara daripada wakil Megalanes Sarawak, Fazreen Fadzuan kelmarin.
MILIK KAMI: Pasukan S.H.I.E.L.D (dari kiri) Halimah Ariffin, Nurafidza Mohd Amran, Hettysuzan­a Bustari, Marzainah Jayamara dan Nazrin Wagiman menerima hadiah juara daripada wakil Megalanes Sarawak, Fazreen Fadzuan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia