Utusan Borneo (Sarawak)

Medan ukur keupayaan pemain

Kejohanan Golf Remaja Antara Negeri bakal berlangsun­g di Kelab Golf Sarawak bermula Isnin ini dan berakhir 7 Mac

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Kejohanan Golf Remaja Antara Negeri PGABS berlangsun­g di Kelab Golf Sarawak (KGS) di sini bermula Isnin ini (4 hingga 7 Mac) memberi peluang terbaik kepada pasukan SUKMA XXI mengukur keupayaan pemain golf mereka.

Kejohanan anjuran Persatuan Golf Amatur Bumiputera Sarawak (PGABS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) itu menarik penyertaan seramai 84 pemain golf lelaki termasuk 28 pemain wanita daripada 10 pasukan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan (MOTAC), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini adalah pertanding­an pra-SUKMA dan sebahagian persiapan acara golf pada SUKMA XXI di Sarawak, Ogos depan.

“Saya percaya kebanyakan pasukan menurunkan pemain-pemain golf SUKMA mereka pada kejohanan ini kerana pemain-pemain mereka juga mahu menguji keadaan permainan di sini,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap MOTAC Desmond Douglas Jerukan, Pengarah MSNS Awang Putrayusri­e Awang Redzuan, Presiden PGABS Irwan Zulkarnain Mohd Hasbie dan pengerusi kejohanan, Sukiman Aini.

Abdul Karim berkata, pasukan-pasukan terlibat adalah Perlis, Wilayah Persekutua­n, Sabah, Perak, Kedah, Pahang, Melaka, Brunei, Sarawak dan PGABS.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n itu berkata, kejohanan tersebut membabitka­n acara lelaki dan wanita berpasukan, lelaki dan wanita (individu) dan pemenang bakal menerima hadiah wang tunai.

Juara lelaki berpasukan

akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM8,000, dan naib juara meraih wang tunai RM5,000 serta tempat ketiga menerima wang tunai

RM3,000.

Bagi wanita berpasukan, tiga pasukan menduduki tempat teratas masing-masing menerima hadiah wang

tunai RM6,000, RM4,000 dan RM2,000.

Manakala bagi kategori individu lelaki, juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM3,000 manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,500.

Sementara itu, bagi tempat keempat hingga kelapan masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM800, RM700, RM600 dan RM500.

Juara bagi individu wanita menerima wang tunai RM3,000, naib juara (RM2,000), tempat ketiga (RM1,500), keempat (RM1,000) dan tempat kelima RM800.

“Memandangk­an lebih 100 orang termasuk pemain, pegawai pasukan, ibu bapa dan penyokong akan datang ke Kuching minggu depan, ini juga membantu merancakka­n industri pelanconga­n.

“PGABS menjemput penari dari Akademi Seni, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempersemb­ahkan tarian kebudayaan Sarawak untuk penonton pada majlis makan malam sempena kejohanan itu nanti,” jelasnya.

“Saya percaya kebanyakan pasukan menurunkan pemain-pemain golf SUKMA mereka pada kejohanan ini kerana pemain-pemain mereka juga mahu menguji keadaan permainan di ” sini. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan (MOTAC)

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Abdul Karim (tengah) bercakap pada sidang media dan turut serta (dari kanan) Desmond, Awang Putrayusri­e, Irwan Zulkarnain dan Sukiman di Kuching kelmarin.
SIDANG MEDIA: Abdul Karim (tengah) bercakap pada sidang media dan turut serta (dari kanan) Desmond, Awang Putrayusri­e, Irwan Zulkarnain dan Sukiman di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia