Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp bangga dengan pemain mudanya

-

LIVERPOOL: Jurgen Klopp menyatakan dia berbangga dengan pemain mudanya selepas mereka membantu mengekalka­n pemburuan empat trofi semusim Liverpool yang dilanda kecederaan.

Anak buah Klopp menewaskan Chelsea di Wembley minggu lalu untuk memenangi Piala Liga dan kemudian mara ke suku akhir Piala FA dengan menewaskan Southampto­n pada pertengaha­n minggu.

Kini Liverpool mengalihka­n perhatian mereka kepada perlawanan Liga Perdana menentang Nottingham Forest yang sedang bergelut dalam usaha untuk melebihkan pendahulua­n di puncak liga.

Mereka hanya berkelebih­an satu mata di hadapan juara semasa Manchester City dan dua mata di depan Arsenal.

Penyerang Darwin Nunez dan pemain tengah Dominik Szoboszlai boleh kembali untuk perjalanan ke City Ground tetapi penjaring terbanyak Mohamed Salah tidak akan bersedia.

“Saya fikir Mo tidak terlalu jauh, tetapi dia tidak akan beraksi esok dan kita akan lihat dari situ,” kata pengurus Liverpool Klopp pada sidang akhbar pra-perlawanan­nya.

“Saya fikir pada bila-bila masa minggu depan. Dia semestinya dalam pemulihan, tetapi belum lagi.”

Jurulatih Jerman itu bercakap tentang “kegembiraa­n dan kebanggaan­nya” dalam persembaha­n anak-anak mudanya, yang kebanyakan­nya tampil dalam kemenangan 3-0 menentang Southampto­n di Anfield, Rabu.

“Semalam (Khamis) adalah hari yang indah,” katanya. “Biasanya bila menang trofi, kami bergambar dengan kakitangan dan semalam kami bergambar 100 peratus dengan kakitangan penuh akademi juga, jadi ada ramai orang.

“Saya benar-benar mahu semua orang merasainya dan memahami peranan yang mereka mainkan dalam keseluruha­n cerita itu dan itu sangat hebat.”

Klopp, pada musim terakhirny­a di Liverpool selepas hampir sedekad mengurus, membuat keputusan mengejut untuk berundur, ditanya sama ada sukar untuk meninggalk­an kumpulan anak muda yang mempunyai masa depan cerah.

“Saya suka pemain yang lebih senior juga, saya akan merindui mereka juga,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Klopp memeluk Danns pada perlawanan Piala FA Inggeris di antara Liverpool dan Southampto­n pada 28 Februari lalu.
— Gambar AFP GEMBIRA: Klopp memeluk Danns pada perlawanan Piala FA Inggeris di antara Liverpool dan Southampto­n pada 28 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia