Utusan Borneo (Sarawak)

RM14j diluluskan bagi GTK 2,800 IPAKK berdaftar di seluruh Sarawak

-

Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sejumlah RM14 juta bagi Geran Tahunan Khas (GTK) bagi 2,800 Institusi Pendidikan Awal KanakKanak (IPAKK) berdaftar di seluruh Sarawak untuk tahun ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata GTK bagi memperkasa­kan pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

“Ini adalah inisiatif Kerajaan Sarawak dan saya rasa hanya Sarawak yang menyediaka­n inisitif ini. Setiap taska dan tabika berdaftar tidak kira swasta atau kerajaan boleh memohon GTK melalui kementeria­n kami.

“Jumlah geran yang diberikan oleh kerajaan ialah RM5,000. Ini adalah inisiatif kerajaan negeri kerana kementeria­n tahu bagaimana keadaan di sekolah, taska dan tabika khususnya di luar bandar.

“Oleh itu inisiatif seperti ini, kami tahu akan dapat banyak membantu taska mahupun tabika,” katanya ketika berucap semasa merasmikan Taska di Tempat Kerja Ci Cilik Kompleks Puncak Borneo dekat sini, semalam.

Fatimah berkata antara syarat permohonan ialah pengusaha taska dan tabika mesti memastikan mereka menyediaka­n makanan yang sihat serta seimbang selain pembelajar­an menyeronok­kan juga mengadapta­si pendigitil­an dalam asuhan, bimbingan awal kanak-kanak.

“Untuk makluman para hadirin, permohonan GTK 2024 telah mula dibuka pada 24 Januari sehingga 24 Mac 2024. Permohonan hendaklah dikemukaka­n melalui laman web iSarawakca­re,” katanya.

Sementara itu katanya, bagi ibu bapa yang berpendapa­tan tinggal di kawasan bandar kerajaan sedia maklum cabaran utama dihadapi mereka ialah kurangnya taska dan tabika dikendalik­an kerajaan pada caj minimum serta menghantar anak-anak ke IPAKK swasta.

Justeru, Kerajaan Sarawak telah meluluskan sejumlah RM2.5 juta untuk subsidi yuran IPAKK Swasta bagi golongan berpendapa­tan rendah, mengurangk­an bebanan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke IPAKK Swasta berdaftar.

“Permohonan terbuka kepada semua IPAKK Swasta yang berdaftar dan bagi keluarga yang berpendapa­tan isi rumah RM7,000 dan ke bawah, kadar subsidi adalah sebanyak RM1,000 setahun bagi seorang kanak-kanak.

“Kita berharap agar inisiatif seperti ini akan membantu golongan yang memerlukan. Permohonan Subsidi Yuran PAKK ini akan dibuka mulai 11 Mac hingga 1 April 2024 secara dalam talian,” katanya.

Mengenai TASKA Di Tempat Kerja Si Cilik, Kompleks Penjara Puncak Borneo Fatimah berkata ia telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2023 setelah mendapat perakuan pendaftara­n daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak pada 18 April 2023.

Menurutnya pada awal pengoperas­ian, terdapat dua orang kanak-kanak dan dua orang pengasuh sahaja tetapi kini taska beroperasi dengan 10 kanak-kanak dan tiga pengasuh berserta seorang pembantu pengasuh.

“Untuk makluman juga, semua pengasuh dan pembantu di taska ini telah menghadiri Kursus Asuhan PERMATA (KAP) kerana ia adalah asas bagi pengasuhan awal kanak-kanak.

“Dengan adanya taska ini, kami berharap ia akan memberi kelegaan kepada ibu bapa di Kompleks Penjara Puncak Borneo, khususnya para wanita, dalam membantu mereka mencapai keseimbang­an antara kehidupan profesiona­l dan keluarga.

“Taska ini bukan hanya tempat untuk menjaga anak-anak tetapi juga sebagai pusat pembelajar­an yang menyokong perkembang­an awal kanakkanak,” tambahnya.

Hadir sama Pengarah Penjara Sarawak Timbalan Komisioner Penjara Mohd Andri Md Ridzwan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan KanakKanak Colliner Gohe, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Adana Jed, Timbalan Pengarah Penjara Sarawak Penolong Kanan Komisioner Fathi Mursidi dan Pengarah Penjara Puncak Borneo Penolong Komisioner Penjara Yahir Sait.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia