Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor penyelamat gigih pulihkan projek sakit

Kontraktor penyelamat meneruskan baki kerja pembinaan atau naik taraf ketiga-tiga projek, kata Uggah

- Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menarik nafas legas selepas kontraktor penyelamat yang mengambil alih beberapa projek sakit menunjukka­n usaha gigih untuk memulihkan­nya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tiga projek di Serian pada Sabtu, iaitu jalan raya baharu satu laluan sepanjang 6.3 kilometer yang menghubung­kan Jalan Kampung Tanjung Bako dan Jalan Kuching/Lebuh Raya Samarahan di Jalan Pesisir Sarawak di Samarahan dan jalan raya baharu dua lorong baharu sepanjang 5.7 kilometer ke jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau.

Satu lagi projek naik taraf Jalan Padawan (Fasa 1) sepanjang 14.9 kilometer di bahagian Serian.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat projek Jalan Padawan, Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan berkata kontraktor penyela

mat meneruskan baki kerja pembinaan atau naik taraf ketiga-tiga projek itu.

“Kontraktor sebelum ini telah ditamatkan kontrak kerana kegagalan mereka

menyampaik­an seperti yang dijadualka­n.

“Saya berbesar hati apabila kontraktor baharu menjalanka­n tugas mengikut jadual. Saya harap mereka

akan meneruskan momentum mereka. Kita tidak mampu untuk ada lagi projek tertangguh,” katanya.

Beliau menambah, apabila projek-projek yang telah dilulus dan dilaksanak­an, rakyat berharap ia disiapkan mengikut jadual.

Kerajaan katanya, juga mempunyai harapan sama tetapi ada kalanya kontraktor-kontraktor berdepan masalah dan mereka perlu diganti dengan yang baharu.

“Oleh itu, kontraktor baharu dilantik untuk menyelamat­kan projek-projek ini dengan harapan mereka dapat menyiapkan­nya.

“Kita akan terus memantau rapat semua projek di seluruh negeri yang sudah diberikan kepada kontraktor penyelamat,” ujarnya.

Mengenai jalan menghubung­kan Jambatan Batang Lupar 1, beliau berkata ia komponen yang sangat kritikal.

“Apa yang kita tidak mahu lihat ialah jambatan sudah siap tetapi jalan belum. Jadi kita telah berbincang dengan kontraktor baharu.

“Ada beberapa isu tetapi nampaknya ia telah menyelesai­kannya sekarang untuk JKR (Jabatan Kerja Raya) dan kontraktor membuat analisis laluan kritikal bagi memastikan ia dapat disiapkan.

“Kami telah bersetuju untuk membuat garis masa bagi jalan bernilai RM107.5 juta itu disiapkan terlebih dahulu... harap pada November 2025.

“Ini kerana kita sedang melihat rancangan untuk jambatan itu siap sebulan kemudian (Disember 2025),” kataya sambil menambah, pada Januari 2026, jambatan sudah boleh dibuka kepada pengguna.

Menyentuh projek jalan raya bernilai RM106.968 juta yang menghubung­kan Jalan Kampung Tanjung Bako dan Lebuh Raya Jalan Kuching/Samarahan di Jalan Pantai Sarawak, Uggah berkata ia telah diserahkan kepada kontraktor baharu pada 8 Ogos 2023.

Menurutnya projek itu dijangka siap pada awal Februari 2026 dan ketika ini sudah siap 5.2 peratus berbanding jadual semasa 4.55 peratus.

Mengenai kerja-kerja menaik taraf Jalan Padawan (Fasa 1), beliau berkata kontraktor baharu dilantik baru sahaja mengambil alih projek itu pada 16 Februari 2024.

“Kami berharap ia akan siap pada 15 Ogos, 2026.”

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datu Chiew Chee Yaw dan Timbalan Pengarah JKR Cassidy Morris.

Kontraktor sebelum ini telah ditamatkan kontrak kerana kegagalan mereka menyampaik­an seperti yang dijadualka­n.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

 ?? ?? TURUN PADANG: Cassidy bersama Uggah di tapak projek jalan menuju ke Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau.
TURUN PADANG: Cassidy bersama Uggah di tapak projek jalan menuju ke Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia