Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-63 di Limbang

- Dari Muka 1

4

Awang Tengah berkata, majlis itu merupakan anjuran JAIS bersama Pejabat Residen Bahagian Limbang serta agensi-agensi kerajaan negeri, persekutua­n dan pihakpihak lain yang berkaitan.

“Tujuan kita mengadakan majlis sebegini adalah untuk menyemarak­kan lagi semangat cinta umat Islam kepada al-Quran selain melahirkan lebih ramai qari, qariah, hafiz dan hafizah yang berkaliber di Sarawak.

“Justeru, saya mengajak masyarakat khususnya umat Islam di Limbang untuk bersama-sama memeriahka­n majlis ini dan juga pelbagai pengisian program lain yang telah kita sediakan,” katanya.

Mengenai hadiah untuk majlis tilawah al-Quran, beliau memberitah­u qari dan qariah akan membawa pulang cenderamat­a serta hadiah wang tunai dengan johan menerima sebanyak RM10,000, naib johan (RM7,000), ketiga (RM5,000) dan hadiah sagu hati (RM1,500). Bagi majlis hafazan pula, ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori 1-30 juzuk, kategori 1-20 juzuk dan kategori 1-10 juzuk.

“Untuk kategori 1-30 juzuk, johan akan membawa pulang wang tunai RM5,000, naib johan (RM3,000), ketiga (RM2,000) dan sagu hati (RM500). “Kategori 1-20 juzuk pula johan akan menerima RM4,000, naib johan (RM2,500), ketiga (RM1,500) dan sagu hati (RM500). Manakala kategori 1-10 juzuk, johan membawa pulang RM3,000, naib johan (RM2,000), ketiga (RM1,000) dan sagu hati (RM500),” jelasnya.

Selain mengadakan majlis Tilawah dan Menghafaz AlQuran sebagai acara utama, beliau berkata, pihaknya turut menyediaka­n pelbagai program sampingan lain.

Antaranya termasuk Kursus Tahsin Qiraat Al-Quran pada 4 Mac di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus

Lawas, seminar al-Quran di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang dan Program Ziarah Imarah Masjid/Surau Malaysia Madani di Surau Syurfatul Jannah, Kampung Pabahanan dan Surau Darul Hidayah Kampung Patiambun pada 5 Mac ini.

Turut diadakan, Limbang Arbor Day atau penanaman 1,000 pokok di sekitar kawasan Limbang pada 6 Mac, kuiz al-Quran dan pameran dari 6 hingga 9 Mac di Dewan Suarah Bahagian Limbang serta demonstras­i masakan bersama Cef Muluk serta Majlis Pelancaran Zon Halal Lawas pada 8 Mac di Medan Selera Anjung Sari, Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia