Utusan Borneo (Sarawak)

Komited sedia pelan perancanga­n perumahan komprehens­if

Projek Penempatan Sungai Bedaun bukti komitmen tinggi kerajaan GPS selaras dengan PCDS 2030: Premier

- Oleh Agnes Tugong Premier Sarawak

KUCHING: Projek Penempatan Sungai Bedaun di sini bukti komitmen tinggi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menyediaka­n pelan perancanga­n perumahan yang komprehens­if selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, strategi pembanguna­n ini telah dirangka untuk menghadapi isu dan masalah dalam pasaran perumahan bagi membolehka­n rakyat terutaman golongan B40 mendapat akses kepada peluang memiliki rumah.

“Projek perumahan seperti model rumah dan harga mampu milik ini akan diperluas ke beberapa kawasan lain seperti Gedong, Asajaya, Sebuyau, Kabong, Sungai Baji di Sarikei, Kemuyang di Sibu, Jepak di Bintulu dan Kapit.

“Ini sebagai bukti Kerajaan Sarawak yang prihatin dan bertanggun­gjawab untuk memajukan taraf hidup masyarakat secara inklusif bagi semua warga Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada majlis penyerahan kunci rumah bagi Projek Penempatan Sungai Bedaun semalam.

Hadir sama Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo, Pengurus Besar Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) Datu Monaliza Zaidel serta yang lain.

Tambah Abang Johari, kerajaan turut giat melaksanak­an pelbagai skim penempatan untuk rakyat termasuk Skim Penempatan Semula (SPS)

Projek perumahan seperti model rumah dan harga mampu milik ini akan diperluas ke beberapa kawasan lain seperti Gedong, Asajaya, Sebuyau, Kabong, Sungai Baji di Sarikei, Kemuyang di Sibu, Jepak di Bintulu dan Kapit.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

dan Skim Pembesaran Kampung (SPK).

Skim ini turut dilengkapi dengan infrastruk­tur asas seperti parit konkrit, jalan berturap, lampu jalan dan kemudahan lain yang diperlukan untuk memastikan penempatan rakyat yang disediakan lebih teratur dan moden.

Mengulas mengenai Projek Penempatan Sungai Bedaun, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk membina sebuah masjid baharu di penempatan tersebut dalam pakej kedua.

Pembinaan masjid baharu tersebut adalah untuk kegunaan penduduk dalam penempatan Sungai Bedaun dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Bedaun dan Kampung Sungai Lumut serta para pengunjung luar yang menggunaka­n Jalan Sultan Tengah.

Selain itu Kerajaan Sarawak juga akan membina sebuah dewan masyarakat di kawasan penempatan ini bagi membolehka­n para penduduk penempatan ini dapat menjalani kegiatan sosial dan rekreasi mereka.

Projek Perumahan Sungai Bedaun dibangunka­n oleh LCDA di kawasan seluas lebih kurang 108.26 ekar bagi menempatka­n keluarga-keluarga tambahan yang terlibat dalam

Projek Pembanguna­n Darul Hana.

Projek ini melibatkan pembinaan sebanyak 426 unit rumah di mana pakej pertama melibatkan sebanyak 209 unit

rumah telah siap manakala pakej kedua melibatkan sebanyak 217 unit rumah yang akan dibina pada Jun tahun ini dan dijangka siap pada suku ketiga tahun 2026.

 ?? — Gambar UKAS ?? KONDUSIF: Dr Abdul Rahman (empat kanan) bersama Nancy (empat kiri), Aidel (tiga kanan) serta yang lain menunjukka­n unit rumah di penempatan Sungai Bedaun.
— Gambar UKAS KONDUSIF: Dr Abdul Rahman (empat kanan) bersama Nancy (empat kiri), Aidel (tiga kanan) serta yang lain menunjukka­n unit rumah di penempatan Sungai Bedaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia