Utusan Borneo (Sarawak)

Perayaan dirai harmoni jadikan Sarawak unik: Ripin

-

Suasana aman dan harmoni ketika meraikan perayaan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama menjadi Sarawak sangat unik.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat mahu rakyat di negeri ini untuk terus memelihara semangat perpaduan, toleransi dan saling menghormat­i antara satu sama lain yang telah diamalkan selama ini.

“Hidup dalam keadaan aman dan harmoni adalah baik untuk pembanguna­n ekonomi dan kemajuan negeri ini,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir dalam ucapannya turut menyatakan tentang beberapa projek yang telah diluluskan dan sedang menunggu untuk dilaksanak­an.

Antaranya, projek menaik taraf kemudahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tukau yang bernilai RM100,000, projek padang bola sepak

SJKC Chung Hua bernilai RM150,000, projek skrin LED untuk dewan masyarakat bernilai RM70,000, program geran masing-masing RM10,000 bagi SJKC Tukau dan RM15,000 bagi SJKC Chung Hua.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sambutan Cap Goh Mei DUN Lambir bersama masyarakat Cina di Dewan Masyarakat Cina Sungai Rait semalam.

Majlis tersebut dianjurkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Lambir, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Cina Sungai Rait dan Pusat Khidmat N72 Lambir.

Hadir sama Ketua SUPP Lambir Penghulu Lee Thin Hin, kaunselor dan guruguru SJKC Tukau dan SJKC Chung Hua.

Majlis diteruskan dengan pemberian angpau kepada 40 keluarga asnaf, 100 warga emas berusia 60 tahun ke atas dan 300 kanak-kanak.

 ?? ?? HARMONI: Ripin (tengah) bersama tetamu kehormat lain menggaul yee sang tanda simbolik perasmian Majlis Makan Malam Sambutan Cap Goh Mei DUN Lambir bersama masyarakat Cina di Dewan Masyarakat Cina Sungai Rait semalam.
HARMONI: Ripin (tengah) bersama tetamu kehormat lain menggaul yee sang tanda simbolik perasmian Majlis Makan Malam Sambutan Cap Goh Mei DUN Lambir bersama masyarakat Cina di Dewan Masyarakat Cina Sungai Rait semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia