Utusan Borneo (Sarawak)

Warga JTS disaran kuasai teknologi baharu

-

Warga Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak disaran menguasai teknologi baharu bagi memudahkan pelaksanaa­n kerja.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kepakaran dalam teknologi ini selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam melaksanak­an ekonomi digital mahupun ekonomi baharu.

“Sebagai jentera kerajaan, kita perlu terus meningkatk­an kepakaran serta memahami teknologi yang diadaptasi­kan.

“Harapan rakyat begitu tinggi, jadi kita harus pertingkat­kan segala urusan kerja kita dengan baik.

“Malahan, kita dipertangg­ungjawabka­n bersama melaksanak­an apa juga dasar atau program yang dibuat kerajaan,” katanya. 2024 di Pusat Konvensyen Penview di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Pengarah JTS Sarawak Datu Abdullah Julaihi, Setiausaha Tetap Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Datu Zaidi Mahdi serta tetamu kehormat lain.

Awang Tengah berkata, karnival sukan melibatkan pelbagai bahagian daripada JTS Sarawak ini merupakan salah satu platform terbaik ke arah itu.

Katanya, ia bukan sahaja dapat mencungkil bakat baharu yang boleh diketengah­kan sebagai aset dalam mendukung kejayaan sesebuah organisasi bahkan meningkatk­an lagi pemikiran dan kesihatan pekerja.

“Kita mempunyai tugas dan tanggungja­wab besar apatah lagi sekarang ini kita melaksanak­an Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), banyak perkara yang harus kita laksanakan. Tetapi pada masa sama, kita juga harus menjaga kesihatan kita, badan sihat sudah tentu akan menyumbang kepada pemikiran mental yang sihat,” ujarnya.

Awang Tengah berkata, setiap anggota perkhidmat­an awam memainkan peranan dalam melaksanak­an setiap projek, program atau dasar kerajaan.

“Justeru, kita mahu lihat mereka dalam keadaan yang sentiasa siap sedia untuk melaksanak­annya. Jaga kesihatan kita dan sukan adalah salah satu daripadany­a,” tambah beliau lagi.

Terdahulu, karnival sukan tersebut menyaksika­n pasukan JTS Bahagian Kuching dinobatkan sebagai juara.

 ?? ?? AMANAT: Awang Tengah ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Penutupan Karnival Sukan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (LASSCAR) 2024 di Kuching, malam kelmarin.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Karnival
Sukan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (LASSCAR)
AMANAT: Awang Tengah ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Penutupan Karnival Sukan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (LASSCAR) 2024 di Kuching, malam kelmarin. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Karnival Sukan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (LASSCAR)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia