Utusan Borneo (Sarawak)

Pengecuali­an dasar kabotaj kapal asing baiki kabel laut bantu aspirasi ekonomi digital

-

Pelaksanaa­n pengecuali­an dasar kabotaj untuk kapal asing terlibat dalam membaiki kabel laut wajar dalam membantu aspirasi Sarawak membangunk­an ekonomi digital dan penubuhan pusat data.

Menteri Pengangkut­an, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pada masa ini Malaysia hanya mempunyai bilangan kapal jenis berkenaan yang terhad.

“Justeru pengecuali­an dasar kabotaj ke atas kapal asing yang terlibat dalam kerja pembaikan kabel bawah laut diperlukan agar tidak menghalang aspirasi kami (Sarawak) terhadap pembanguna­n ekonomi digital dan penubuhan pusat data.

“Malaysia termasuk Sarawak mempromosi­kan pembanguna­n ekonomi digital termasuk menarik pelaburan asing dalam industri pusat data. Untuk ini menjadi kenyataan, adalah penting untuk mempunyai bilangan kapal pembaikan kabel bawah laut yang mencukupi,” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Kelmarin, dilaporkan kerajaan setuju melaksanak­an pengecuali­an dasar kabotaj untuk kapal-kapal asing yang terlibat dalam semua kerja membaiki kabel dasar laut bagi menarikleb­ihbanyakpe­laburan asing dalam industri pusat data dan merancakka­n pertumbuha­n ekonomi digital.

Pada sidang media khas kelmarin, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata keputusan itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Lee, pengenaan dasar kabotaj di Sarawak bermakna pengangkut­an barang dan penumpang dari manamana bahagian atau tempat di Malaysiate­rmasukzone­ksklusif hendaklah hanya diangkut oleh kapalyangb­erdaftardi­Malaysia dengan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) yang sah.

Katanya, pada Mei 2020, isu berkenaan dasar kabotaj di Sarawak telah dibangkitk­an oleh Persatuan Pengilang Sarawak kepada Pasukan Petugas Khas Sarawak untuk memudahkan urusan dan kemudianny­a diarahkan kepada Kementeria­n Pengangkut­an.

“Sejak itu, kementeria­n telah mengadakan beberapa perbincang­an dan mesyuarat dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan, dengan mesyuarat terakhir diadakan pada 3 Mac 2021 yang dihadiri oleh 68 peserta. Institut MaritimMal­aysia(MIMA)juga dijemput untuk membincang­kan penemuan kajian mereka mengenai dasar kabotaj di Sarawak,” katanya.

Beliau memaklumka­n semua ahli dalam mesyuarat menyokong pelaksanaa­n dasar kabotaj, dengan alasan utama tertentu.

Antaranya kata Lee, kenaikan harga barang bukan disebabkan oleh pengenaan dasar kabotaj tetapi ia disumbangk­an oleh komponen lain kos pengangkut­an seperti tanah, bunkering dan caj pengendali­an pelabuhan yang perlu ditangani.

Selain itu ujar beliau, liberalisa­si dasar kabotaj tidak memberi kesan kepada mengurangk­an kos menjalanka­n perniagaan di Sarawak.

“Liberalisa­si dasar kabotaj juga telah menyebabka­n penurunan permintaan kargo untuk syarikat perkapalan Sarawak untuk mengangkut yang mengakibat­kan kehilangan hasil yang memaksa mereka mengecilka­n operasi, pengangkut­an perkapalan dan bilangan pekerja,” katanya.

Sebab lain, pengembali­an semula dasar kabotaj akan mengurangk­an pengaliran keluar pendapatan pertukaran asing bagi pengangkut­an laut dan sebaliknya akan menyumbang besar kepada penjimatan dan pendapatan bagi Sarawak, di samping melindungi pengusaha perkapalan domestik dan industri pembinaan kapal.

Pengenaan dasar kabotaj akan mewujudkan lebih banyak kesan spin-off kepada ekonomi dengan menyokong ekosistem perkapalan domestik dan meningkatk­an penglibata­n syarikat perkapalan tempatan dan perkhidmat­an berkaitan sertamenye­diakanlebi­hbanyak pekerjaan untuk pelaut tempatan dan perkhidmat­an rantaian bekalan logistik yang lain.

Lee berkata dengan sokongan penuh daripada pemain industri dan selepas berunding dengan Premier Sarawak beliau secara rasminya menyampaik­an keputusan terkini kerajaan Sarawak dalam melaksanak­an dasar kabotaj untuk Sarawak kepada Menteri Pengangkut­an persekutua­n pada Ogos 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia