Utusan Borneo (Sarawak)

Program di masjid kaedah terbaik menyatukan rakyat

Program ��emasyara��atan de��at��an masyara��at Islam termasu�� bel��a, remaja dengan ruma�� ��badat

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Iskandar Turkee ADUN Jepak

BINTULU: Program-program kemasyarak­atan di masjid antara kaedah terbaik untuk mendekatka­n masyarakat Islam termasuk golongan belia serta remaja dengan rumah ibadat tersebut serta menyatukan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, kita yakin dengan aktiviti sedemikian dapat menjadi faktor pelindung untuk belia dan remaja daripada gejala negatif, ukhuwah dalam kalangan ibu bapa apabila berinterak­si, saling berkongsi ilmu, nasihat menasihati serta berkongsi kemahiran keibubapaa­n.

Katanya, dari segi syiar Islam penganjura­n aktiviti di pekarangan masjid dan madrasah akan memudahkan kita melakukan ibadah apabila tiba waktunya, berhenti sekejap dan seterusnya disambung semula aktivitiny­a.

“Ini adalah permulaan baik untuk belia kerana mereka tonggak dan pelapis masa depan.

“Kita memerlukan belia yang mempunyai kerohanian yang kuat, daya kreativiti, keterampil­an dan lain-lainnya,” katanya ditemui pada Karnival Hari Terbuka At-Taqwa 2024 di pekarangan Masjid At-Taqwa Rancangan Perumahan Rakyat (RPR)SPPS Sebiew kelmarin.

Beliau berkata, belia perlu dilengkapk­an dengan keupayaan itu supaya mudah untuk memilih mereka sama ada sebagai pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya kerana telah dididik dari peringkat awal.

Justeru katanya, program ini wajar diperluas ke kampung lain serta rumah panjang mengikut kesesuaian di kawasan DUN Jepak dan ditambah baik supaya lebih ramai masyarakat yang hadir dan penyertaan lebih menyeluruh.

Katanya, keharmonia­n

In�� adala�� permulaan ba���� untu�� bel��a ��erana mere��a tongga�� dan pelap��s masa depan.

kaum dan agama turut dipupuk melalui kunjungan pihak gereja dan tokong dalam program

ini yang menunjukka­n keharmonia­n Sarawak di bawah pimpinan Premier

Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk merealisas­ikan motto ‘Sarawak Maju Makmur’.

Tambahnya, pendekatan Masjid At-Taqwa yang menyediaka­n tempat permainan kanak-kanak sambil mendidik dengan Rukun Islam dan pendidikan asas Islam antara usaha dalam penerapan nilai-nilai Islam.

“Usia satu hingga tujuh tahun adalah tempoh terbaik untuk mencorakka­n mereka dan gelanggang futsal mini untuk belia yang disediakan juga bukan sahaja dapat mendekatka­n belia dengan masjid bahkan memudahkan beribadah, menanam jati diri, spiritual dan menjadikan Islam sebagai Ad Din atau cara hidup,” katanya.

Ujarnya, fokus kita dalam program ini juga adalah sesi pertemuan bersama belia sebagai golongan sasar termasuk aktiviti pameran automotif, demonstras­i memasak untuk kaum ibu, jualan makanan dan sebagainya, pertanding­an hafazan, azan melibatkan kanak-kanak dan solat Subuh seperti Jumaat yang dihadiri ramai jemaah dan tazkirah.

Program tersebut merupakan anjuran Masjid AtTaqwa dan Madrasah AtTaqwa serta 23 NGO itu turut dihadiri Pengerusi Masjid At-Taqwa Abang Arshad Abang Anuar serta pengurusan masjid terbabit dan Madrasah At-Taqwa.

 ?? ?? FASILITI LENGKAP: Iskandar (tengah) bersama pengurusan Masjid At-Taqwa dan Madrasah AtTaqwa merakam gambar kenangan semasa merasmikan ruang tempat permainan kanak-kanak dan gelanggang futsal mini di Masjid At-Taqwa.
FASILITI LENGKAP: Iskandar (tengah) bersama pengurusan Masjid At-Taqwa dan Madrasah AtTaqwa merakam gambar kenangan semasa merasmikan ruang tempat permainan kanak-kanak dan gelanggang futsal mini di Masjid At-Taqwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia