Utusan Borneo (Sarawak)

ISKCON Kuching hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir

-

Persatuan Kesedaran Krishna Antarabang­sa (ISKCON) Kuching menghulurk­an sumbangan kepada mangsa banjir yang berada di dua Pusat Pemindahan Sementara PPS di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata, sebanyak 300 peket makanan masing-masing diagihkan kepada PPS Dewan Masyarakat Stapok dan PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru.

“Kebanyakan mangsa adalah dari kawasan Desa Wira dan Batu Kawa yang terpaksa berpindah ekoran banjir melanda kawasan kediaman mereka sejak semalam (Sabtu).

“Justeru, kita amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ahli ISKCON kerana prihatin nasib mangsa banjir terbabit dengan memberi bantuan makanan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Dewan Masyarakat Stapok di sini, semalam.

Lo turut menzahirka­n rasa sedih melihat mangsa banjir terutama yang membabitka­n kanak-kanak dan warga emas.

“Saya harap dengan bantuan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membawa kegembiraa­n kepada mereka.

Malah, saya menggalakk­an semua masyarakat yang berada di kawsan Kuching, jika anda berkemampu­an, beli makanan kering dan sumbangkan ke PPS,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi ISKCON Kuching Prabu Kripa berkata, pemberian makanan percuma itu adalah sebahagian daripada aktiviti kebajikan persatuan bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Kami telah menyediaka­n kira-kira 600 peket nasi lemak vegetarian dan kebiasaann­ya akan mengunjung­i pelbagai tempat seperti rumah kebajikan, pasar dan kampung untuk mengedarka­n makanan.

“Namun untuk hari ini (3 Mac), Dato Lo telah mencadangk­an agar kita mengagihka­n makanan kepada mangsa banjir.

“Justeru, kali ini kami mengambil keputusan untuk mengagihka­n makanan kepada mereka yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Beliau juga berkata ISKCON Kuching gembira dapat menghulurk­an bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

“Kami juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang dari segi barangan seperti barangan masakan, supaya dapat digunakan untuk aktiviti amal,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak Kho Teck Wan yang mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

 ?? ?? PRIHATIN: Lo bersama Prabu (enam kanan) serta ahli ISKCON Kuching memberi sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Stapok semalam.
PRIHATIN: Lo bersama Prabu (enam kanan) serta ahli ISKCON Kuching memberi sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Stapok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia